Thursday, February 9, 2012

Usia meningkat, kos "maintenance" pun meningkat...

Arini nak bincang pasal.."hari-hari seorang wanita melewati dunia KERTU".. Semakin kita "kertu" maintenance makin tinggi sebenarnya, tapi sebenarnya ada cara untuk mengurangkan kos.... antaranya..

1) Itu ari kan I ada kata yg I ada gi jumpa dentist. Memula I bayangkan ya Allah! ni mesti duitku bakal melayang RM300 kurang2nya... sebab selalu buat kat JB gitu la rate2 yg biasa, apatah lagi kalau kita ada buat root canal. Tapi mujurlah tergerak kat hati ni nak buat je kat nun jauh di kampung halaman sendiri... dapat la akhirnya ku menyelamatkan duit aku. Tak sampai pun RM100. Tapi dari segi kualiti wallahualam la kan.... tak tau la plak aku kalau tetiba baru 2,3 bulan, alih2 "filling" dia tercabut. LOL..... Tapi kalau korang nak free lagi, gi la beratur kat klinik gigi kerajaan.... hehe.

2) Kena rajin baca forum-forum kecantikan utk mengenalpasti diorang punya testimoni. Kita ni kan.... kadang mudah terpedaya, bila orang kata sesuatu produk tu bagus je, mula la dompet gatal2 nak beli walau beribu2, padahal belum tentu sesuai utk kulit kita. Kalau ada travel kit, kita beli je yg cenonet dulu. At least kalau tak serasi... tak la membazir sgt.



Gambar sekadar hiasan masa ai berniaga produk 





3) Pastikan HALAL. - Walau hebat macam mana sekalipun sesuatu produk, contohnya supplement, kalau diragui kehalalannya watpe nak beli. I nampak diorang aritu kecoh2 cari placenta sbb nak cantik punya pasal, halal ke tu? Cuba cerita ngan aku sini (mana tau korang ada jumpa yg halal, yg disembelih). Bersyukur kita sbg umat Islam ni sbb ada batas2 kehalalan, at least dapat gak menjimatkan wang ringgit... sbb klu was2 je terus tak jd beli.

4) Penjagaan awal menyelamatkan nyawa wang. ~ Memang la kita tau, time remaja2 kebanyakkan dari kita tak la sesenang mana..... so beli produk pun kadang ikut mana yg termampu (asal pakai boleh jadi putih je kita terus taksub nak pakai... hahaha.. termasuk la yg bercakap ni pun) hingga mengenepikan site effectnya di hari tua. 

I terperasan bila sorang kwn I ni.... dulu zaman remajanya kulit dia licin tau... mulus je. I tau memang dia ada pakai produk pengelupasan even dia tak cakap ngan I. Tahun demi tahun I tengok kulit dia ok je, I ingat takde apa la kan.... pastu balik hari tu nampak dia (skrg umur dia dah 40an)... habis teruk muka dia. Scarry tengok (e'eh... mcm la muka I halus mulus, tak ler cuma maksud I, muka dia sgt berlainan dulu & skrg). Hopefully adik2 kat sini jadikan la ikhtibar. Kalau rasa kulit tu dah mcm nak nipis... makin hari makin nipis,  baik la stop pakai Dik.. biar itam pun xpe.

5) Produk terbaik di dunia yang paling hebat sebenarnya hanya satu.... iaitu ketenangan dan kebahagiaan hati. Hati yang tenang menjadikan rambut kekal hitam, lambat beruban?.  (Wallahualam).

So, marilah kita bahagia-bahagiakan hati kita.

Macam biasa.....standardnya tip Kak Mirror selalunya tak boleh lebih dari 5.... kalau lebih you all kena bayar...:P ....... so, stop kat sini.... ceria-ceria selalu.... bubeyyy..



p/s : Eh "kertu" memang maksud dia "tua" kan? Kak Mirror takut je kalau ada maksud lain plak... Kak Mirror main tulis je ni.

12 comments:

  1. Jangan suka rasa rendah diri, kalo selalu rasa rendah diri,jawapnya ada jelah alasan untuk cantik. . n_n


    Dulu kita, sibuk nk placentalah, vitamin c, alhamdulilah sbb bf. . niat itu terkubur, dn akhirnya, buat dunno jaaa, ya penting hati kitalah, cam mama ckp, wudhu bknlah punca wajah nampak bercahaya, tapi hati. . bila hati dah terpancar NurNya, hitam cam negro pun nmpk sejuk mata memandang n_n ( opss terlebih sudaaa ~ stacy )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Mama you tu. I pun pernah terpesona dgn kecantikan negro waktu di Tanah Suci & membandingkan dgn diri sendiri. Maybe sbb Nur yg terpancar di wajahnya, membuat wajahnya yg hitam pun nampak sedap je mata ni memandang.

      Delete
  2. yang no 1 tuu... memang costnya tinggi kalo kat bandar2.. tapi kalo nak pi beratur kat klinik kerajaan lagi lahhh menakutkannnnnnn...
    yang no 4 tu, sekarang ni banyak sgt product2 bagi putih muka yang stail pengelupasan tuh..haih..better jangan lahhh..selidik dulu betul2 kesan2 dikemudian hariii..kang muka merah macam udang kena bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - Tak sanggup la kan nak pi beratur2 kat klinik kerajaan tu. Hehe..

      Ha'a... mmg scarry la klu jadi udang kena bakar... tp lg scarry klu terus jd ikan caru bakar.. itam2. :D

      Delete
  3. betul tu lagi senja macam mak ni lagilah susah nak maintain.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAK DARA - Hahaha... Mak belum senja lagi tu, baru asar.

      Delete
  4. kertu tu paknil selalu sebut kan, hah, i pun tak tahu meaning dia...betul cakap u, jgn mudah terpengaruh, apapun produk yg paling suci ialah air wuduk, wallahuallam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DR SIRNA - Ha'a... Paknil yg sebut2 selalu. Kertu = veteren = tua = matang = senja.

      Delete
  5. Mmg kan..makin kertu tambah mcm sy nak msk era 30an ni makin gerun...nak kena cari suppliment la semua bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari jgn tak cari Pn Alida.... hehe.. nt jumpa yg best2, jgn lupa share info ye.;)

      Delete
  6. hehe kertu???teringat pak nil yg selalu sebut tu kat macam2 aznil.
    produk yg paling murah dan berkesan kan miss mirror kebahagiaan dan ketenangan hati tu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.