Thursday, March 22, 2012

Penjual kuih kena rajin basuh tangan... kalau tak...

Oh Amy, kalau la kau tahu yg aku beli koci ni semata-mata mengidamkan kuih koci labu kau yg kau upload kat FB dulu2 tu... (walau aku tak pernah merasa pun, Mummy Gee kata koci labu sedap)... mesti kau akan simpati pada aku. Sayangnya kau kini tinggal nostalgia, sepi tanpa berita entah ke mana.... sob sob sob... (sila bayangkan aku sdg menangis meleleh2 rindukan kau....:P).





Sebijik ketayap cenonet + koci yg bukan labu..... RM1.00 ...... macam tak logik betul la. Oh lupa... ini kat JB ek... sangka tadi kat kampung emak aku..

Aku tak kisah la pakcik tu nak jual 50 sen sebijik ke atau RM50.... tapi masalahnya.... rasa koci ni sangat pelik you tahu.. rasa macam...... minyak urat... eeeeee sungguh meloyakan tekak. Baru rasa secoet.... terus thui thui ... campak ke luar tingkap kereta .. masukkan balik dlm plastik, ketayap sebijik tu pun kubiarkan di situ, mati selera dah nak makan lagi. IRP memandang aku dgn tanda soal.

Pakcik aiiii... hang juai apa ni? Kuih koci ke kuih minyak senyoyong urat? Mesti Pakcik baru lepas urut2 badan kan? Pastu buat kuih. Tak senonoh la pakcik ni.... Mujur tau, saya tak sakit perut Pakcik. Tapi seharian tu tekak ni rasa minyak urat je... hinggakan time singgah kat bank, ada sorang jejaka hensem duduk sebelah aku tgh tunggu giliran nombor... aku bagai terbau2 minyak urat kat badan dia... eeee.... misteri... misteri...


Mengubati hati yg kempunan tak dapat makan koci, hari ni buat pau kampung.

Ada sedikit baki inti... ingat malam ni nak buat ketayap pulak.




p/s : Kalau nak jual produk makanan, jaga la kebersihan diri dan persekitaran ye.. jgn buat orang geli geleman... teringat aku kat sorang kwn aku ni, hari2 terpaksa bekalkan anak dia makanan ke sekolah sebab makcik kantin sekolah ank dia jual makanan dihurung lalat tak bertutup.... jgn la menzalimi kanak2 makcik, kesian mereka tak berdosa.

14 comments:

  1. Betul betul betul.... kalu tak , kena pakai sarung tangan pelastik bila mengendalikan makanan.

    ReplyDelete
  2. akak salu buat wani terlioq laaa...hehe..tensi2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiiik terlioq plak? Kak Mirror cerita pasal koci berperisa minyak urut yg meloyakan ni Wani..

      Delete
  3. Replies
    1. Oh pau tu.... arini Pau akak tak berapa sedap sgt pun, baking powder dah abis.

      Delete
  4. Ish...ish...ish MM biar betul rasa minyak urat atau kelapa dia dah tak elok kut tu yg bau minyak urat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Kak C.O... takde langsung bau kelapa tengik atau seumpamanya, memang bau minyak urat yg pahit berangin2 rasa dia.

      Delete
  5. MM...ni makcik kuih datang..he he he...memang betul sangat tu...kebersihan yang paling perlu diutamakan...sebelum nak buat kuih apa2 ZZ akan pastikan tangan ni takde bau langsung lebih2 lagi kalau lepas basuh pinggan ada bau sabun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii Makcik kuih yg cantik... blom tido lg? :D

      Pakcik tu mmg kena menuntut ilmu kebersihan ngan ZZ la tu.. MM rasa pekerja dia la yg wat silap pd aritu agaknya.. buat kuih tak baca bismillah.

      Delete
  6. sama harge macam kat pj-kl ni...kuih ketayap kecik pon harge 50 sen..makan sekali gigit dah abes..celah gigi jer rase.. tang kebersihan tu ai sokong... tak kisah ar harge berape..biarlah berbaloi ngan kebersihan tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak berbaloi la Aty, I tak dpt merasa langsung.. :(

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.