Friday, March 30, 2012

Tak gedix sgt soal masak...

"Barang dapur ada lagi tak?"  tanya IRP sebelum outstation.

"Jgn risau, kalau tak de pun, I akan cuba adakan".   Itu memang jawapan standard bila dah hujung2 minggu (stock clearance).  Maksud "I akan cuba adakan"  di sini bukan bermakna I akan pegi beli barang2 tu... tapi means pepandai I la nanti nak masak apa je yg ada dlm peti ais.  Janji boleh dimakan.

Tapi dulu masa baru2 kawin, nak masak apa2 semuanya nak sempurna... apa yg ada dlm resepi, sejitu-jitunya ingin dibeli.  :D.  Klu resepi kata pakai kuali leper.. kuali leper la I beli...  Menggedix la tu.... Padahal tak la sedap mana pun hasilnya..   Ya la, masa tu tak tau lagi subsitute2 utk bahan2 tu semua.   Belum mahir lagi nak derhaka2 resepi...




CLICK TO ENLARGE
Bila mendengar cerita mereka yg merantau, sgt  kreatif mereka ini mengubahsuai bahan.  Rindukan  lemak tempoyak ibu, yogurt jadi pengganti? :D Tak pasti di mana logiknya, mungkin pada rasa masam2 yogurt tu kot, cuma tak la berperisa durian pulak kan..

Ya, I skrg ni tak gedix sgt soal masak (tak cerewet).. bagaimana pula dgn anda?

1)  Yogurt -  susu + limau/lemon
2)  Kunyit  - rempah kari
3)  Cuka  -  limau nipis
4)  Minyak sapi/zaitun - minyak masak
5)  Santan - susu

Kalau ada lg nak tambah, dipersilakan.... 



**Jgn lupa hari ini hari jumaat, perbanyakkan selawat ke atas baginda S.A.W - byk fadilatnya.







2 comments:

  1. Buttermilk - 1 cawan susu dengan 1 sdb cuka biarkan sekejap.
    Tepung naik sendri homemade - 1 cawan tepung gandum + 1 sdt soda bikarbonat + 1 sdt baking powder dah jadi tepung naik sendri.
    Tu jer yg ingat hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks JS atas perkongsian. Ianya amat kami hargai. :)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.