Wednesday, March 21, 2012

5 TIP MENCARI IDEA MEMBUAT ENTRY (entry poyo lagi)

I terhutang satu perkara dengan seorang kakak blogger sebenarnya ni, iaitu Tip Mencari Idea Membuat Entry. Nama biarlah dirahsiakan nanti kakak tu cubit I plak!

Aduhai Kak..... segannya saya nak bagi tip-tip pulak. Nanti kalau orang sangka saya ni badget otai cemana? Tu akak je la yg jawab kay!

Untuk info, kakak tu sebenarnya dah otai pun.. saja je tu dia nak ngendeng2 tip pulak dari kita.. it's ok... tak kisah pun. Janji dia ada baca entry ni... tak baca memang siap tau! Penat kita taip ni.. dah la tgh masak, berasap2 satu badan skrg ni..




sedang menggoreng peria katak + cendawan kering dlm kuali..
harap tak terhangus hanya kerana blog...

Demi kekanda bloggerku yg dikasihi, ok ini cara Miss Mirror...

1) Memula.... tangkap je la gambar banyak2 kak.... asalkan bukan yg menyalahi undang2 agama. Simpan dalam file PC. Bila takde idea nak tulis, tenung je la gambar tu lama2... pasti keluar idea gak kan? Asalkan bukan entry mengumpat udah la kan...


2) Follow je sebanyak-banyak blog yg boleh..... kalau had follow 500, buat lagi satu akaun blogspot yg lain.. follow lagi sampai beribu-ribu. Niat bukan nak copy paste apa yg mereka tulis, sekadar memberi feedback entry mereka. Contohnya mcm katalah... si blogger A menulis tentang...
"Nuffnang Pilih Kasih..." (Ada itu ari I terbaca kat sebuah blog ni......). Then kita tak setuju, kita balas la balik entry si A itu tadi... berikan point2nya kenapa dan mengapa. Maka jadilah sebuah entry kan?






3) Niat berblog - ini sebenarnya yg paling utama dari yg lain2. Niat utama kita kenapa? Ingin berkongsi ilmu kan? So, apa-apa yg kita dengar, lihat dan pelajari dari persekitaran kita... kita salurkan je menjadi sebuah entry even hanya sekadar sebuah entry yang diberi tajuk... "Cara-cara Mengupas Buah Durian" atau pun "Cara-cara Membuat karangan Bahasa Malaysia bertajuk Nenas" (sian, semalam anak dara I balik sekolah dgn muka frust sebab tak menyangka soalan karangannya akan bertajuk NENAS sedangkan dia kurang familiar dgn buah itu, mujur itu ari ada gak lalukan dia di kebun2 nenas di Pontian - lari topik dah ni... sesaja nk jadikan cth).

4) Selami siapa follower kita, dari situ kita dapat idea apa yg mereka perlukan... kalau dapat follower ibu-ibu tentu masalah mereka berhubungkait dengan penjagaan anak2.. jika follower majoritinya kanak-kanak, cerita la pasal mainan2 ke...hehe.

5) Email - adakala kita terima email2 berantai, jgn terus didelete, adakala ada info2 berguna di situ yg boleh dikongsikan sesama kita menjadi sebuah entry yg berharga.


Alamak Kak.... Cik abang kita dah balik pulak... nak siapkan makanan ni, 5 ni je cukup la kan... itu pun kalau Akak rasa tip2 ni bersesuaian dgn jiwa akak...

For my beloved followers.... happy blogging ye! Sorry kalau entry ni mcm ala2 poyos ....
tak nak la poyo-poyo nanti jadi katon Pocoyo plakss...

4 comments:

  1. Good tips MM..bole digunapakai.TQ

    ReplyDelete
  2. MM thanks for the tips... baru perasan, dah dekat sebulan i tak update my blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Fazidah. Dah sebulan tak update? Hebat tu...

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.