RESEPI KEBAB
"TERracun" oleh status seorang sahabat yg rasa terinsaf membaca kisah Rita Rudaini di Mekah, membuat ku bertanya pada Pak Google apakah yg telah diceritakan oleh Rita di akhbar hingga berjaya membuat kawan aku ni sebak pilu.... dan akhirnya Pak Google membawakan aku ke sebuah blog gossip dan aku terpaku agak lama di situ..
"TERracun" oleh status seorang sahabat yg rasa terinsaf membaca kisah Rita Rudaini di Mekah, membuat ku bertanya pada Pak Google apakah yg telah diceritakan oleh Rita di akhbar hingga berjaya membuat kawan aku ni sebak pilu.... dan akhirnya Pak Google membawakan aku ke sebuah blog gossip dan aku terpaku agak lama di situ..
Bukan hanya "dipaku" oleh cerita Rita,.... tapi hati bagai melekat pulak membaca komen2 peminat yg bercerita pengalaman memasing semasa berhadapan dengan Baitullah. Ada pelbagai2 versi cerita, suka duka. Tertarik aku dgn kisah seorang pengkomen yg bagaimana mulanya dia kehausan (masa tawaf la kot, tak ingat plak aku), pili zam2 pulak jauh.. tapi miraclenya... tetiba ada sorang budak hulurkan air. Subhanallah. Memang kat sana segalanya byk yg pelik tapi benar. Korang yg ada pengalaman ajaib semasa di sana, sila2lah rajinkan diri tinggalkan di ruangan komen ni ye, aku ni mmg suka baca kisah2 cenggitu.
Tapi yg pasti, penceritaan seumpama ini berjaya menciptakan kerinduan kita pada kota suci itu... dan oleh itu, maka hari ni aku buat la kebab arab ni sebagai menggubat kerinduanku yg tak bertepi ini...walau hasilnya tak la sesedap Pak Sheikh yg buat.. tapi boleh la dpd takde.
Resepi Kebab
4 potongan kambing (atau 1 ekor ayam - bagi bukan penggemar kambing)
2 sb serbuk rosemerry
2 sb serbuk thyme
2 sb madu
1 sb serbuk black pepper
150gm yogurt asli
garam secukupnya
1 sb perahan lemon
Lumur kambing/ayam yg telah dibuang kulit dgn semua bahan dan perap selama 2 jam.
Then bakar atas oven dlm lebih kurang 40 minit 180 C (bakar atas rack supaya air menitik atas dulang di bawahnya).
Potong kecil2 (pastikan buang tulang temulang).
Bahan untuk inti
Butter atau minyak sapi (seeloknya minyak sapi supaya rasa dia lebih arab sikit).
2 ulas bwng putih
1 ulas bwng bombay
1 biji tomato
sos cili
Cara
1) Panaskan minyak sapi/butter atas kuali, tumis bwng putih dan bwng bombay hingga layu
2). Masukkan kambing/ayam yg telah dipotong kecil2 tadi.
3) Masukkan tomato dan sos cili
4). Kacau dan masukkan carrot, timun dan kubis yg dipotong memanjang. Siap.
Sudukan inti di atas ke atas kulit kebab (gambar bawah) dan gulung. |
Untuk membut kulit kebab bolehlah menonton youtube di bawah atau beli saja yg ready made.. Resepi Karipap Versi Australia KLIK SINI Jgn lupa subscribe |
MM cayang,
ReplyDeletetersangat laa suka nyer ada resipi kebab kat sini..harus dicuba nie..anak2 kalau gi pasar malam suka beli kebab..akak suka pat daging kamben tu..peberet akak..
sama sama doa semoga kita juga akan jadi tetemu ALLAH suatu hari nanti...
Kak.. kita boleh geng!. Cuba la resepi ni ye.. hubby MM kata sedap.
DeleteAkakkk. Kulit tu akak beli ke buat. Eeee. Terliur pulak dah, tgk kebab tu!
ReplyDeleteFie.. kulit tu akak beli ready made je kat supermarket, tak kuasa nak menguli.
DeleteLike kebab nih. Kekadang beli kulit kebab ready made pastu bua inti sendiri ikut suka hati... heeeee
ReplyDeletekat Mekah masa Haji tahun lalu mama selalu lihat jemaah berebut2 minum air zam2 selepas tawaf. mama nak gi amik sendiri punyalaa berebut2 dia org. So, kita dok tepi ajer memerhati dgn sabar. Ada jemaah yg baik hati hulur kat mama air zam2 tu. Alhamdulillah. Bila dah reda keadaan sekitar, mama lak tadah air zam2 pastu pas kat jemaah wanita2 tua yg ada sekeliling.
Oh tahniah Mama telah bergelar hajah. Thanks berkongsi cerita ttg Mekah, sebenarnya saya sgt rindukan Mekah, rindukan kedamaiannya, suasananya.. sbb tu sgt suka jika kengkawan berkongsi cerita tentangnya. Moga Allah memanggil kami ke sana sekali lagi. Ameen.
Deletesedapnye MM.. i teringin nk buat one day.. selalu i buat kebab cincai2 je... pakai roti gardenia whole grain pun boleh gak.. i selalu lenyek kasi nipis roti tu, isi filling dan tekan dgn garfu ditepi untuk lekatkan mcm karipap then bakar sekejap dldm oven... rasa mcm kebab! hehehehe
ReplyDeleteGood idea tu Eny!. Maybe boleh I cuba next time. Thanks for sharing the idea.
DeleteOwh, teringin nak cuba resipi ni. Resipi Eny Yusnizar tu cam senang. :)
ReplyDeleteLiza - Selamat mencuba. Kalau nak simple lg, guna daging burger..:D... tp tentu rasa dia tak sama kot.
DeleteYummeh, boleh try buat ni. Senang je =P
ReplyDeleteYup! Very easy peasy Sarah. Selamat mencuba.
Deleteyeszaaaa..akan kucuba resepimu ini MM....
ReplyDeleteHarus dicuba Gie, mana yg terkurang tambah2 la ye Teacher..
Deletemiss mirror buat sendiri kulit kebab tu ya..bestnya.
ReplyDeleteTak la Win... kulit tu ready made. ;)
Delete