Monday, June 18, 2012

"MC" yang tak berapa nak MC..

RESEPI IKAN BAWAL MASAM MANIS


Pepagi dah buat muka paling hodoh menunggu giliran di sebuah klinik ditemani dua orang lelaki. Siapa lagi kalau bukan IRP dan Shashal yg juga telah terjangkit dengan virus demam kami.



.

Mujur  Qistina tidak terlalu cerewet di waktu pagi dan rela layan diri di saat2 desperate spt ini.  Bakarkan saja "Butterscotch bread" Gardenia ni, memang dah sedap walau tanpa menyapukan kaya ke atasnya.   Shashal MC, maka terkurang sikit bebanan mamanya, kalau tak... agak pening memikirkan menu2 berat yg menjadi kegemarannya.

Ini menu malam tadi sebenarnya - ikan bawal masam manis, menu hari ni malas nak snap, orangnya tgh mengantuk termakan ubat selsema...


IKAN BAWAL MASAM MANIS

1 ekor ikan bawal - bersihkan, lumurkan dgn kunyit dan garam - goreng hingga garing (sebelum masukkan ikan, jgn lupa campakkan asam keping ke dlm minyak untuk mengelakkan kuali melekat.. nanti ikan tak cun plak...).
1 biji cili bengala - potong cantik2 ala masterchef..
2 ulas bawang merah- hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1 ulas bawang besar  -hiris
1 cm halia - ketuk
sebijik tomato
nenas jika suka (I tak letak)
 1 cawan air
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
1 biji limau nipis - perahkan jus
1 sudu kicap manis (I tak letak)
1 sudu gula
garam
perasa dan sedikut chicken cube

Cara

1). Tumis segala bahan2 yg dihiris.. hingga layu.
2). Masukkan lada benggala, tomato... 
3).  Masukkan kesemua sos2 dan jus limau nipis.  Masukkan air..
4).  Masukkan gula, garam, perasa, chicken cube..
5). Perasakan kemasinannya... jika kurang masin tambah garam, jika dah masin tak perlu bubuh garam sbb sesetengah sos tiram memang  dah masin.
6).  Masukkan ikan dan gaul2kan.



4 comments:

  1. i mesti cuba resepi ni.. i suka kalau bawang tu letak banyak banyak.. hehehheheh

    ReplyDelete
  2. kalau tinggal nak makan aje...laaaagi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha itu la.. kan... tp 2,2 demam.. malas nak gi beli.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...