Harapan dan impianku ialah.. ingin menghabiskan sisa-sisa penuaan dengan riang ria dan tenang satu hari nanti. Merdeka dari segala caca merba penghidupan. Semua itu lebih berharga dari wang ringgit.
Harapanku jua moga kedua bondaku saat ini jua menjalani hari-hari penuaan mereka setenang "hari penuaan impianku". Aamiin.
Oleh kerana Puan Punya belog tgh takde mood nak posing wajah sendiri (tengok muka sendiri pun takde mood apatah lagi nak selfie), kita layan gambar makanan je la hari ni. Ini adalah aktivitiku kat rumah ibu mertuaku sepanjang 3 hari tu ari...

Tak banyak yg MIL aku berselera, jadi aku masakkan ini untuk beliau.
Cendawan Pokok Getah masak sambal tumis sedap tau!!. Ah... pasti semua org pun tau kan akan kelazatan cendawan ni. Goreng pun sodap!. Masak lemak cili api pun sedap. Cuma masalahnya... ia dah semakin pupus skg ni, tak kutemui lagi kat pasar2. Pasar tani mungkin ada kot. Ini adik ipar aku terbangkan dari kawan dia kat Sarawak.
Bila buat sup ikan ni, teringat masa beranakkan dorang kat Puteri Specialist JB. Inilah menu utama di pagi hari selepas keluar dari Labour Room. Tapi ikan tu dorang goreng dulu pastu ditaburi halia goreng. Terasa mcm dah paling sedap sgt masa tu. Maklum le... baru kehabisan tenaga ketika itu. Semua jadi sedap.
p/s : Aku bukanlah menantu yg sgt sempurna, tetapi sedia belajar untuk menjadi sempurna. Selagi masa dan tenaga mengizinkan, ku kan berbakti kerana di sana adalah gudang pahala seorang isteri.
p/s : Aku bukanlah menantu yg sgt sempurna, tetapi sedia belajar untuk menjadi sempurna. Selagi masa dan tenaga mengizinkan, ku kan berbakti kerana di sana adalah gudang pahala seorang isteri.