Saturday, September 20, 2014

Aktiviti Di Rumah Bonda Mertua

Harapan dan impianku ialah.. ingin menghabiskan sisa-sisa penuaan dengan riang ria dan tenang satu hari nanti.  Merdeka dari segala caca merba penghidupan. Semua itu lebih berharga dari wang ringgit.  


Harapanku jua moga kedua bondaku saat ini  jua menjalani hari-hari penuaan mereka setenang "hari penuaan impianku".   Aamiin.  


Oleh kerana Puan Punya belog tgh takde mood nak posing wajah sendiri (tengok muka sendiri pun takde mood apatah lagi nak selfie), kita layan gambar makanan je la hari ni.  Ini adalah aktivitiku kat rumah ibu mertuaku sepanjang 3 hari tu ari...



Tak banyak yg MIL aku berselera, jadi aku masakkan ini untuk beliau.  




Cendawan Pokok Getah masak sambal tumis sedap tau!!.  Ah... pasti semua org pun tau kan akan kelazatan cendawan ni.   Goreng pun sodap!.   Masak lemak cili api pun sedap.   Cuma masalahnya... ia dah semakin pupus skg ni, tak kutemui lagi kat pasar2.  Pasar tani mungkin ada kot.  Ini adik ipar aku terbangkan dari kawan dia kat Sarawak.   




Bila buat sup ikan ni, teringat masa beranakkan dorang  kat Puteri Specialist JB.  Inilah menu utama di pagi hari selepas keluar dari Labour Room.  Tapi ikan tu dorang goreng dulu pastu ditaburi halia goreng.  Terasa mcm dah paling sedap sgt masa tu.  Maklum le... baru kehabisan tenaga ketika itu.  Semua jadi sedap.



p/s :  Aku bukanlah menantu yg sgt sempurna, tetapi sedia belajar untuk menjadi sempurna.   Selagi masa dan tenaga mengizinkan, ku kan berbakti kerana di sana adalah gudang pahala seorang isteri.










8 comments:

  1. sempurna da ni, msk bgai.... mesti dr pg sampai ptg duk dapur jer ni...... sdp nmpk sup ikn merah tu.... kna plk dgn sambal cndawan... mk mertua lalu main jeling jelh......

    ReplyDelete
  2. MM,
    sedapnya ikan merah tu...dah lama xmakan sup ikan. haha saje je mm ni. haha okay tgk tghr nanti camne ;) idea ni utk masak.

    ReplyDelete
  3. Salam kak mirror...baiknya menantu n..masakkan yg sedap sedap Dan berkhasiat utk mil..kak mirror nape x der mood nak selfie..he he...rindu kak mirror..muahks! Take care ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Intan sayang.
      Tak tau napa tah Kak Mirror takde mood nak tengok muka sendiri... haha. Miss u too Intan. Tq.

      Delete
  4. Assalamualaikum

    Sup ikan itu menyelerakan. Cendawan pokok getah? Hehehe...nostalgia teringat masa kecil dulu pernah mengutip cendawan getah dihutan berhampiran tempat tinggal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nostalgia cendawan tu Mamawana.
      Skrg dah susah nak jumpa pokok getah lagi.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.