Friday, February 24, 2012

Dah jadi orang Jay Bee.... adat lama bagai terbuang...


Breakfast PANCAKE dgn Shashal....

Shashal arini tak sekolah sebab kena temankan mamanya kat rumah... ada sekumpulan "tukang cat" datang memulakan kerja2nya seawal pagi.   Tak pe la Dik berkorban kejap dpd Mama Shasal kena culik.   Nanti Mama ajar le mana2 subjek yg tertinggal tu. 

Bagai mengenepikan nilai-nilai murni anak jawa yg selalu menyediakan juadah bila orang bertandang ke rumah.. tetiba soalan Pakcik tukang cat tu menyedarkan aku dari lamunan....

"Ada air kosong tak Kak?".

Ya ALLAH... mcm mana aku bleh terlupa ni?. Ya tak ya... zmn dulu bila orang betulkan rumah emak aku kat kampung, mesti diorang hidangkan sedulang makanan.  Ni seteguk air pun aku tak hidang.... dasyat! Mesti diorang ingat aku kedeq.  


Bukan apa... aku busy sejak mlm tadi memindahkan barang2 (ya la kang tak pepasal, diorang TERcat aku punya hand bag2 keduniaan tu,  sapa pulak nak menjawab, tu yg aku gigih memindah2 tu.  rupa2nya diorang bawak kanvas, kalau tau aku biarkan je kat situ).







Ex-bopren aku Kawan  aku pernah melahirkan rasa terkejutnya bila dia TERsinggah tak sengaja  ke rumah sorang penduduk kampung aku (sebab keretanya rosak) tetiba tuan rumah yg tak pernah dikenalinya itu hidangkan sedulang  makanan tengahari.   (Tu la dia, tak cuba mengenali adat orang lain... kan dah terkejut).   Tapi itu zmn dulu la kot... skrg ni manusia dah jadi paranoid sejak kes2 rompakan berlaku di mana2.   Silap haribulan tgh2 siapkan makanan, alih2 anak daranya yg bermain pesbuk di ruang tamu dibawa lari.  Huu seram kan?

Anda pulak bagaimana?  Masihkah menjadi wanita melayu terakhir mewarisi adat2 bonda tercinta yg murni ini?

16 comments:

  1. kak.. ayu angkat tangan..
    hahahahha

    insyallah, selagi bernama wanita, didikan dahulu lama, adat resam perlu dijaga

    lagipun, ayu nie johor riot

    PS: kak, ayu jemput kak ke majlis perkahwinan sepupu ayu.. ayu buat gathering. ala2 mini gathering... 26 hb jam 3 petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks atas jemputan tu, seronoknya.... nt Kak Sam tanya dgn Cik Abg dulu... kalau2 dia free.

      Delete
  2. hehe !

    rase macam terkena je kak :)

    sape lagi yang nak jaga adat kita,
    kalau bukan kita kan, kak
    nanti nak wariskan kat anak-anak lagi xD
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi make sure yg bertandang tu bukan perompak ye Syamimi. :D

      Delete
  3. Ye la MM..kalau diorang tak mintak, kita pun macam buat2 lupa nak sediakan..he he...tak baikkan kita ni...tq tolong ingatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZZ - maybe sbb kita rasa kita tak kenal kot. Klu member2/sedara mara yg dtg, automatik kita terus buatkan kan?

      Delete
  4. MM, zaman sekarang ni, layan orang dengan berbudi bahasa pun,dah la kat hospital pulak tu.. akhirnya sebijik handphone dibawa larik. memang lain dulu dan sekarang..kena berhati2 selalu.

    ReplyDelete
  5. terlupa takpa MM, hihi, hidang air tu oklah, sebagai courtesy,tapi pada i x perlu sampai sedia lunch ke makan berat berat ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengok pada keadaan la kan Doktor? Tak kan salesman "gores menang" datang pun kita nak kelam kabut kat dapur.

      Delete
  6. kalau sedara mara or kenalan dah notis nak datang, sebelum dia org sampai lagi hidangan dah tersedia, dan kalau yang datang main terjah jer, memang Mummy terus bersilat kat dapor... tak perlu nak tanya 'nak makan sini ke?' 'dah makan ke belum'.... biasalah joworld... insyallah klu ziarah ke rumah joworld tak akan kebulur...Mummy kalau pergi rumah orang dan tuan rumah tanya nak makan ketidak secara otomatik selera makan terus hilang...hihi.

    Kalau ada orang datang untuk repair aircond ke plumber setakat bagi air dan menu ringan2 je ...

    eh eh panjang pulak la comment ni.... sorry ye MM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe...lg pjg lg bagus.

      Mummy, dulu MM pun ada gak rasa annoying dgn soalan "Nak mkn sini ke?" tapi sebab dah dimaklumkan oleh org2 tua bahawasanya org2 Joworld je yg tak mungkin akan buat soalan "tak manis" mcm tu pd tetamu, so MM pun lama kelamaan boleh terima la jugak soalan tu, masih tertelan la jugak makanan tu..(apatah lg kalau masakan tu tersangatlah sedapnya). Keh keh keh..

      Delete
  7. Tapi memang betulah... Aku memang anak jawa... Mcm mana pun org dtg ke rmh yg berurusan dgn aku pasti seteguk air pun mesti aku nak hidang... Terutamanya bila org tu duduk ambik masa 15minit ke... Apa yg ada pasti aku hidang... Kalau kebetulan time tu ada biskut, biskutlah aku hidang.. Sebab tulah rmh aku ni ramai org suka dtg.. Tapi kadang2 tu bosan gak klu asik melepak jea kt rmh aku ni...hiiii..

    ReplyDelete
  8. Memang terserlah darah keJAWAaan anda di situ! :D

    Alang2 diorang suka melepak kat rumah kau, apa kata aku cadangkan kau berjualan pinggan mangkuk ataupun buat kelas menjahit...hehehe.

    ReplyDelete
  9. Dia org tu nak belajar menjahit... Belum2 dah kata x minat... Nak jual brg kat dia org... Memanjang kang berhutang... Baik aku ge jual kt kwn2 kt bas stop skolh lagi bagus... Aku skrg lepak2 kt skolh sementara tunggu anak pun aku buat duit... heee... Nak tahu aku jual apa?? Tunggu entri aku akan dtg ya...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.