Saturday, August 30, 2014

Hargai Apa Yang Sedang Dimilikki

Di sini lahirnya sebuah cinta 
Yg murni abadi sejati 
Di sini tersemai cita-cita 
Bercambah menjadi warisan


Assalamualaikum...... dan salam sejahtera!!.  Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kita semua yg ke 57 tahun!!.    


MERDEKA!.


Abaikan 2 insan yg kelihatan dlm gambar ini... itu bukan aku.  Somiku tak seromantik itu!.  Percayalah.  Tak payah la korang nak nangis2 jelez sgt... kita serupa.    Oh ya.. korang bercuti-cutian ke mana 3 hari ni?.  Aku tak ke mana sangat... hanya merayau2 ke kampung2 orang dan pix di atas adalah salah satu destinasinya. 


Bak kata orang...   "andai apa yg kau impikan  belum  kau milikki, hargailah apa yg sedang kau milikki..".  Eh!.  Entah la... betul ke ayat aku ni?.   Mcm kurang puitis je.   Tapi kedalaman maksud yg tersembunyi di baliknya aku suka!.    

Jadi aku berusaha utk menghargai apa2 jua yg ada di depan mata.   Walau percutian ini  bukan picnic ke Hawai mcm korang.. dan sekadar cuci2 mata kat Teluk Wawasan di senja nan kala sepulang dari makan cendol dan cari kedai gunting rambut wanita takde (semua lelaki je yg gunting, tak mo aku), saat mentari melabuhkan tirainya, ikan-ikan telah mula lari ke laut dalam, pohon tak lagi senyum mesra menyambut kedatanganku, hamparan paya pun kian letih dan seakan melirik sinis... aku tetap membayangkan  seolah2 aku sdg bermain pasir di tepian Pantai Florida. Wah!.  







Hari ni pulak.... ikut Mak Mentua gi jemputan 2 buah tempat, terus kenyang sampai ke malam... alhamdulillah.   Jadi, nikmat apa lagi yg harus kita dustakan??.    Somi sihat, anak sihat, kita sihat.... Mak sayang,  kawan2 sayang... itu adalah nikmat terbesar!.   Jadi, what else you ask for?.









6 comments:

  1. Merdeka Merdeka!!
    Wlpn beribu batu jauh, hati Cik Yong masih utuh disana..
    kerana disanalah Lahirnya Sebuah Cinta..
    sob sob sobbb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sob sob sob... Kanda pun turut bersedih mendengarnya wahai Dinda... Malaysia tanahairku tercinta.

      Delete
  2. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kak Mirror!....rindu kak mirror

    ReplyDelete
  3. Gula gula udang...nostalgia giler. sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss.... mmg nostalgia gula2 tu.. cuma packaging dia dah lain sikit skg ni Hany.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.