Saturday, March 31, 2012

EARTH HOUR 2012 - thanks Mr. Kelkatu..

Earth Hour tahun ni (kat rumah mentua skrg ni)  berjalan dengan sgt lancar..... sila tepuk tangan untuk saya, clap clap clap!!!  Betapa sensitifnya saya dgn masalah global... (mari masuk bakul naik lif).

Tapi.... sebenarnya, I perlu berterima kasih dgn "sesuatu".  Apa lagi kalau bukan Abg Kelkatu yg berterbangan di atas lampu2 bilik saya  sejak awal maghrib tadi.  Banyak pulak tu.  Tu yg cepat2 tutup lampu biar dia lari jauh2.  Suka sgt "mereka" ni kalau saya balik ke sini.. :D... dan kalau tak kerana itu, maybe gagal jugak rancangan I utk menyokong acara menutup lampu secara berjemaah seluruh dunia ni..



Kesian..... mati jugak kau akhirnya kat situ kelkatu, (mungkin dia bosan kot tak dpt main tenet masa I matikan lampu tadi...:D  then terus mengambil langkah stupid dgn membunuh dirinya)... Oh di manakah keimanan kau?... 
 
Apa itu EARTH HOUR? Anak I bertanya...
Earth Hour merupakan satu kempen yang diadakan oleh WWF (World Wide Fund for Nature)...bagi mengurangkan pemanasan iklim global.  Diadakan tiap Sabtu terakhir bulan Mac tiap tahun (dilakukan dgn mematikan lampu  selama sejam iaitu pada pukul 8.30 - 9.30 mlm)...  Dimulai pd tahun 2007 oleh The Sydney Morning Herlad dan negara2 lain mula mengikut jejak langkah Sydney ini pada tahun berikutnya.




Sebahagian lagi dari "kakak2" dan "abang2" si kelkatu yg juga "membunuh diri" kerana tak dapat cahaya selama sejam.. :D



2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.