Wednesday, July 11, 2012

JCard Day (Aeon Tebrau City) 2012 - hari pertama

Pepagi lagi I dah buat "rusuhan" di JJ Tebrau...(gara2 semalam TERcek mailbox kata ada Jcard day hingga 15hb ni... heee nyesal plak, napa la I terbuka surat itu semalam.. eh kengkononnya la kan...:D). Dari rumah lagi I dah berdoa2... 

"Ya Allah jangan la ramai sangat orang..."

Sampai sini pukul 10 lebih tu (tak tengok jam pun.. tp yg pasti pkl 9.30 I dah bersiap dari rumah) I tengok orang dah beratur panjang dah... mesti nak  ambik redemption voucher la tu.  Malas I nak queue2 ni... biar je la nanti IRP  ambik sendiri.

Kat tingkat 2 kemeriahan kian terasa... orang mula ramai berpusu memilih barangan.  



tapi yang I terperasan, customer2 kali ni lebih SOPAN SANTUN dan tak terlalu gelojoh memilih barang.. Risau I kalau berselisih lengan ngan orang yg rakus2 memilih barang "mcm tikus jatuh ke beras"... bukan apa, bila mereka jadi cenggitu kita pun jadi tertaksub sama.. (kira mcm terjangkit la .... hehe...).


Niat dari rumah memang la nak survey2 handbag, kot2 la ada yg berkenan utk raya kan... tapi bila sampai sini fikiran dah ke lain pulak... bukan sebab handbag2 ni tak cantik, tapi masa banyak terhabis kat tempat baju bebudak... alahai... kita ibu kan mmg selalu mcm tu kan?. Sebagai bukti, area baju budak la jadi tempat kerumunan kaum2 ibu pada hari ni.   Antaranya tempat longgokkan jenama2 spt Poney, Seed, Cheetah dan mcm2 lagi..  Mostly 70% diskaun.

Hasil dari survey2 handbag  itu, Bonia ada yg I berkenan, ada satu  patern tu iras2 mcm LV  (sorry lupa plak nak snapkan gambar dia)... kaler dark brown yg bertali coklat cair, saiz besar.. harga RM500++ kot (I main agak je)... blom diskaun lg 10% (sila hadiahkan untuk saya...:D)...




Bila sampai je restoran Chicken Rice ni... rasa lapang otak ni .. jauh dari hiruk pikuk, bingit dan sbgnya.  So apa lagi... gado-gado la jawabnya... sedap!.  

Oh ya... you all mesti nak tau apa yg sudahnya I beli masa "rusuhan" tadi?. ... Biarlah rahsia...... tapi yg pastinya... tiada satu pun untuk diri sendiri, semua utk orang lain, insan2 yg tersayang. :D





4 comments:

  1. bagi hint2 kt husben suh belanja henbeg bonia tuh hehe

    ReplyDelete
  2. biasa la bila dah jadi mak ni, pasang niat dari rumah nak beli mcm2, sudahnya belek baju anak je sampai 2-3 plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam byk gaun cantik utk bebudak seusia anak you Wani.. pakkal je la anak2 I semua dah tak bergaun lg. :D.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.