Friday, July 13, 2012

Bila blog berpenunggu lagi....

Betul ke blog I ni "makan" komen orang?.  Penat2 kawan I post komen yg bernas (meminjam kata2 dia :D) tapi tergamak I tak publish?.    Alahai dia ni, mcm la tak kenal I yg sopan santun ni... ahaks...adalah  amat jarang  Puan Mirror begitu tergamak utk tidak publishkan komen kengkawan.. apatah lagi kalau ianya adalah komen yg BERNAS sbgmana dakwaannya tu.. :D.  Masalahnya skrg...  I tak terima pun sebarang comment dari beliau sehingga ke tarikh ini.

Maybe I rasa ada problem ngan dia punya "pelayar" kot (bukan "playar" yg buat kacip paku tu ye.. browser).   Itu ari pun Kak Zila Firefox I meragam kejap, bila tukar  Google chrome bleh pulak I post comment kat blog kengkawan.   Kalau tak... I hanya mampu jadi silent reader je.. nak post comment stuck.  


Dah alang2 bercakap pasal kotak komen, nak tanya.... "word verification" yg buat orang benci nak post komen  tu dah takde lagi kan kat blog I ni?.    Tu la peliknya... rasa2nya dah lama I buang bendalah captcha2  ni semua (sejak 4 tahun dulu), tau2 kwn I itu ari tetiba bebelkan benda tu... baru I terperasan.

Hopefully takde la I terfitnah oleh blog sendiri....  Kalau  yg telus berbicara mcm kwn I ni, tak puas ati terus ckp direct tak pe la.. senang I buat entry besar2an mcm ni membuat penafian...kalau alih2 merajuk sepi tanpa berita.. rupa2nya terasa ati sbb kononnya I mendelete komen, padahal takde.. sedih la jugak dibuatnya.   Lama2 hilang plak kengkawan aku... waaaaaaaa!!! (mari nangis guling2).

Tetiba teringat Kemayan City yg dikatakan  berpenunggu.. tapi betul ke tu?.  Jangan2 Mat Gian kot yg menunggu :D


Setelah membaca luahan permasalahan demi permasalahan di atas, apakah yg boleh anda simpulkan?..   Blog saya "berpenunggu"???.  LOL... (ini kali kedua blog I didapati berpenunggu).


p/s :
ya, diakui... saya ada juga "menyimpan" (tak publishkan) komen...  tapi atas perkara berikut     sahaja:-  yg mengganggu gugat keamanan negara, menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.. dan juga.... benda2 yg mencetuskan kontroversi.



4 comments:

  1. alhamdulillah, komen bazi, penunggu blog kak mirror selalu tak kacau hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Bazi dah baca bismillah dulu sebelum komen kan..;D

      Delete
  2. Replies
    1. ok kan Wani kan...? Tu la I rasa kwn I ada masalah ngan browser dia la.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.