Tuesday, September 4, 2012

Thanks Nuffnang dan Resepi Mee Kari

Baru malam tadi I ngumpat,   alhamdulillah pagi ni sampai gak cek juta-juta rupiah tu.   Thanks Nuffnang.  Ala....takde la banyak mana punnnnn...............   sekadar dapat beli sebijik MP3 gamaknya.     Syukur la dpd takde langsung.

**Tapi kan.... berkenan dgn tudung Fareeda la...  Nak beli warna ijau plak.

Si Eny  tanya pasal resepi mee kari tadi....   ok ni I bagi resepi versi Miss Mirror ye Eny, kalau Eny nak tambah2 lg ikut style Kedah, boleh la gubahsuai ikut citarasa Cik Abg Eny... kot2 dia suka pedas ke, tumis2kan la sedikit cili boh.... kita semua tak suka pedas.      Dlm entry2 yg lepas  I pernah tuliskan resepi dari tokey mee kari yang hanya bubuh bawang merah semata (tanpa bwng putih mahupun halia)  tapi nampak gayanya bila I masak, tak ramai yg suka.    Jadi sejak tu I cipta resepi sendiri yg lebih meletop... Wah!  MENCIPTA resepi tuh!  :D.    Kelazzz kau Jah!


MEE KARI

mee hoon -   tak sampai sebungkus pun... actually saki baki mee hoon soto yg tak abis malam sebelumnya masuk peti ais :D.
Kalau guna mee kuning lagi sedap tapi perut I ni tak berapa tahan sgt makan benda2 yg berkapur ni.

Daging direbus - hiris2 dan ketepikan.
Kerang  rebus yg telah dikupas - jika ada (tapi sebab takde.... tak bubuh)

Sediakan bahan2 hiasan spt tauge, bwng goreng, hirisan cili padi (lg byk lg meletop) dan cili merah,  limau nipis.
Rebuskan telur dan kupas.   - ketepikan.

Bahan2 Untuk Ditumis

7 biji bwng merah
3 biji bwng putih
(tumbuk semua bahan bersama   segenggam ikan bilis - lagi byk ikan bilis lagi sedap!.  Itu la petuanya)
Daun kari, rempah tumis - 1 labu bwng besar  dihiris


3/4 serbuk kari Adabi Daging yg dibancuh dgn sedikit air
Santan
garam dan perasa - to taste

Cara

1)   Tumiskan hirisan bwng besar, daun kari dan rempah tumis - biar kekuningan dan naik bau.
2).   Masukkan bahan2 tumbuk.    Biar garing... 
3).  Masukkan bancuhan rempah kari -  tambah minyak jika mengering.. biar kari benar2 masak dan naik minyak, kalau tak,  maung plak kuah anda nanti.   Then baru tambahkan air... sekira2 ramai mana yg nak makan mee kari anda.  (sukatan atas  ni utk 5 org makan).
4).  Masukkan daging dan kerang rebus dan segala binatang2 yg anda suka.
5).  Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.   Penat sikit la mengacau tapi tabahkan la hati...
6).  Celur mee hoon/mee kuning.   Jgn sampai lembik plak... tak sedap nt.
7). Sedia dihidang bersama kuah tadi dan  bahan2 hiasan.    Selamat mencuba.


*tak bubuh halia sebab kat rumah ni halia dah abis... tapi takde beza pun.... rasa tetap meletop sebab I bubuh saki baki pegedil yg tak abis semalam.


p/s :   Teringin la nak gi picnic...  jom Kak Jee Uwai.. kita nyoping kat JJ, Sam belanja pizza.
Kak Aidah Ahmad - bila kita nak date ni Kak?















2 comments:

  1. wahhhhh thanks MM for the resepi, nampak lain dari yang i pernah baca resepinya, dan to my suprise ikan bilis tu mmg tak sangka langsung ada. pasti lebih sedap dgn ikan bilis sebagai rencah.. i pasti cuba, rasa mcm nak masak kat geng di office hehehe
    thanks again yeee!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...
      Tak bubuh ikan bilis dah mcm lauk kari biasa plak nt. Ada org bubuh udang kering.

      Klu opismate yg nak mkn, bleh tambah2 mcm udang, fish ball dsbnya.. baru cantik sikit.
      Selamat mencuba. Gerenti sedap kalau Eny yg masak!

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...