Tuesday, December 4, 2012

Resepi Durian Crepe - ( 5 versi - pelbagai jenis tepung)

Thanks Siti Hafizah kerana mengizinkan Kak Mirror kongsikan resepi durian crepenya yang insyaallah "hilang di mulut  bak makan awan" untuk tatapan pembaca di blog ini. Moga pahala berpanjangan... aamiin.   

Pilihan2 batter crepe (2,5,7,santan dan sukatan menggunakan sudu)








Batter crepe 2 jenis tepung

50 gm tepung hongkong/tepung superfine
1 sd besar tepung ubi
1 biji telur (size A)
2 sd besar gula castor
3 sd kecil butter (yg dicairkan)
200 ml air (nk guna fresh milk/santan cair pun ok)
1 sd kecil esen vanila

Batter crepe 5 jenis tepung
20 gm tepung superfine
10 gm tepung ubi
10 gm potato starch
10 gm tepung kastard
10 gm tepung jagung
1 bji telur (gred A)
1 sdu besar gula castor
1 sdu besar minyak jagung/butter cair
1 sdu kecil esen vanila
80 ml susu cair
110 ml air

Batter crepe 7 jenis tepung

10 gm tepung hongkong
10 gm tepung superfine
10 gm tepung ubi
10 gm potato starch
10 gm tepung jagung
5 gm tepung hoen kwe (warna kuning)
5 gm tepung kastard
1 sdu besar gula castor
2 bji telur (gred A)
1 sdu besar minyak jagung/butter cair
80 ml susu cair
110 ml air

sukatan menggunakan sudu (dr Chahaya Shiela)

2 sudu besar Tepung Hongkong
2 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Tepung Kentang
2 sudu besar Tepung Superfine
4 sudu besar Tepung Naik Sendiri
2 sudu besar Gula Icing
2 biji Telur ~~ buang talipusat
1/2 tin Susu Cair
1 sudu kecil Garam Halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan Air
3 helai Daun Pandan (kisar b'sama dgn 2 cawan air,kemudian tapis)
Sedikit Pewarna hijau

Batter crepe guna santan

400 gm santan (campur air) /santan dlm kotak (campur air)
40 gm tpg custard/tpg hoen kiew
60 gm tpg hong kong
50 gm tpg naik sendiri
15 gm tpg ubi
25 gm tpg jagung
1 biji telur (size A)
1 sd kecil esen vanilla
2 sdu besar buttercup cair

Cara2:
-satukan semua bhn2 kering dan ayak
-satukan semua cecair
-satukan dan gaul rata kesemua bahan,kemudian tapis utk sebatikan tepung yg berketul2 tu
-boleh terus masak atas fry pan tanpa mnggunakan minyak (atau utk permulaan bleh sapu sikit minyak pd fry pan) (sila adjust api,jgn tlalu kecik/besar)..bila mengelembung,trus angkat..x perlu masak kedua2 bahagian


Ok puan2... selamat berniaga!

Lain-lain resepi pilihan Kak Mirror boleh jenguk di sini.



OLDER POST :   Sapa ada kehilangan kasut?

8 comments:

  1. Mana satu nak try ni...bagi insan "rajin" mcm saya try yg dua tepung ajela..kira dh rajin kan? Drp bli kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pulak.. malas nak simpan tepung byk2 kat rumah, jadi habuan kumbang je nanti... hehe (alasan org "terlebih rajin").

      Delete
  2. Replies
    1. FILLING..
      -150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
      -isi durian..
      -ltkkn fc ltk isi durian ..dan letak lagi fc di atasnya..
      -lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..

      Credit to : Reen Khan

      Delete
  3. minta kebenaran salin /copy resipi ye... bestnya! berkobar-kobar nk buat(dlm hati entah la bila nak buat.. ) huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih kerana share resipi
    Dah puas cari tapi baru sekarang dapat cari
    Hanya Allah dapat membalas budi baik puan
    Sesetengah orang berkira sangat nak share resipi atas alasan mereka belajar pun kena belajar
    Saya pernah belajar buat roti dengan yuran ribuan ringgit tetapi sesiapa sahaja yang meminta resipi saya bagi
    InsyAllah banyak pahalanya jika kita berkongsi ilmu
    INSYALLAH

    ReplyDelete
  5. Salam.. Sis - Mahu minta izin salin dan Cuba resipi di atas. Terima kasih.. Dari Suraya

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.