Saturday, January 12, 2013

Fadhilat Dapat Anak Rapat-rapat

Semalam atas kecuaian    kekalutan mamanya, pencil box dan kaler Shashal tertinggal kat rumah.  Penasaran I sensorang mengenangkan bakal hukuman apa yg Cikgu dia akan kenakan sebab tertinggalkan banyak benda kat rumah..  (ni semua salah IRP la ni.. gi outstation, Mama kat rumah dah ilang fokus dah nak menjadual buku anak)...heh heh..heh.. sesaja cari pasal nak salahkan somi,  padahal salah2 sendiri.. dan salah Shashal juga sebab dah darjah 2 pun Mama yg kena menjadualkan.  (Dia ada juga merengek nak menjadual sendiri, tapi I macam tak confident).


lukisan pertama Shashal tahun ni..

Tapi...Time balik,  I nampak muka dia ceria.  Heran juga dlm hati I.... Rupa2nya si kakak dah  mengorbankan stationary milik dia demi adik tersayang. Tak pasti la sama ada, adanya drama air mata atau pun tak masa gi naik tangga turun tangga cari kakak dia tu.  Tapi yg pasti I lega sebab takde episod kena berdiri atas kerusi dsbnya ekoran tak bwk pensil case tu.    Itulah hikmahnya ada kakak satu sekolah, boleh kongsi2.    Qistina pulak jenisnya memang suka memantau segala aktiviti adik dia.   Siap pasang spy lagi dlm kelas tu...hahaha.   Pantauan itu juga meliputi kerja2 rumah yg perlu Shashal siapkan. (tapi bab mengajar, Mamanya la yg kena buat... aduh.. sejak 2013 ni..... you all,  I dah jadi "Cikgu Math" tau tak?.).

Memang best satu sekolah dgn kakak, bila pikir2... teringat balik jasa kakak2 dan abang2 kita pada kita dulu kan?.   Bila lupa bwk duit je... terkeseng2 la panjat tangga mintak belas ikhsan dia.  Cuma yg tak bestnya bila kita buat onar sikit... kengkawan dia akan buat  report.

Moral of the story... puan2, "buat anak" biar rapat2.  Dah dapat 2 org, pastu nak "tutup kilang" ke hapa suka ati la kan.   Orang kata, akan banyak berlaku penjimatan di situ.  Nak pantau pun senang.   

So, cemana?.   Tak nak ke menambah lagi?.

p/s :    Sungguhpun begitu, bila tiba saatnya diorang terpaksa berpisah (sebab si kakak menghabiskan pengajiannya di situ macam si Ain tu... si adik akan rasa kehilangan, tapi jgn risau.. keadaan itu hanya bersifat sementara.. lama2 diorang ok ).








10 comments:

  1. Assalamualaikum Sam.
    Baju sekolah anak-anak semua ok ke?
    Harap-harap semua ok.
    Akak dah tutup kilang.
    Sam boleh tambah lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam K.Ida..
      Baju?. Eh... ok!!!. Jahitan kemas, selesa, mantop!. Kebabom!. T.kasih.

      Kita pun dah tutup kilang la Kak. Hehe..

      Delete
  2. Eh...dua org rapat2 ye? Dh cukup syarat nk tutup kilang, saya pun nk join...

    Mmg byk kelebihan beranak rapat2 ni walaupun ms kecilnya mama mmg xkan senang duduk.. Hehe, motivasi utk diri sdiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Aisy - ha'a.. rapat, selang 2 tahun je.

      Masa diorang kecik mmg kita jd agak kelam kabut sikit, tapi biar susah2 dulu, senang kemudian.

      Muda lg Aisy tu.. mana boleh join kitorang tutup kilang. :)

      Delete
  3. as salam kak,...

    kita hok sulung,...tak merasa pengalaman gitu,..bila no 2 sekolah,..lain sesi pulak,..tapi kita kakak yang suka buli adik hehehehe,....kakak lagi ganas dari adik lelaki,...adik kena buli,..kita tukang back up hehehehe,..tapi itu zaman kanak2 ribena hehehe,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Eila..

      Wah!. Bertuah si adik dpt kakak mcm you, boleh back2 up2 lagi!

      Delete
  4. anak saya mmg rapat2 jugak.. 6 orang semuanya.. dan yg paling last setahun sorg jer beza.. now dah tutup kilang jugak haha.. wpun pening kepala kadang2 sebab rumah dah mcm nursery tapi seronok sebab rumah meriah :)

    ReplyDelete
  5. sara plak baru 3 beza 4 tahun sorang,nak tutup kilang ke tak tu kena tengok lagi 4 tahun hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara muda lagi.. boleh tu kalau nak tambah2 2 org lg. :D

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.