Thursday, August 29, 2013

Kebijaksanaan Masa Kecil Bukan Penentu Kejayaan Di Hari Dewasa?

Lawo kan tucin2 ni??.    Omeyyy...





Alkisahnya tadi ada one of my "alam maya" fren  buat pengumuman : "sapa2 yg nak jadi emak angkat diorang ni, ambik la free je, first come first serve". Melihat kecomelannya, terus di hati terdetik rasa mcm nakkk je, sedap ni buat gomol2 sebelum tido.....gebu2 kan?.  Tapi bila mengenang yg kami ni kengkadang travel, takut pulak si yatim piatu ni terabai pulak nanti.   Biarlah kubantutkan niat murniku itu, biarlah mereka mendapat emak angkat yg lebih layak dan lebih anggun.


Lupakan topik tucin... terpikir2 olehku satu topik yg dibebelkan oleh sorang kawan  sebentar tadi..

"Hidup umpama roda2, kebijakkan zaman kanak2 bukan penentu kejayaan di hari tua?".   Maksud dia tu, budak2 yg kecik2nya dulu bijak pandai, selalu score...jadi kesayangan guru2, BELUM TENTU akhirnya dia berjaya, kadang yg dulu belajar tak berapa pandai, berjaya pulak".  Wallahualam.


Entah ler.   Sensitif la tajuk ni... seram Makcik!.   Tang perkataan "kesayangan guru2" tu cuba sebut pelan2 sikit... terasa Makcik tau.    Hahaha...


Emm....Kejayaan itu sendiri tafsirannya bersifat relatif ya sayang.   Ada yg nampak tak begitu berjaya, tapi mungkin berjaya dari sudut lain.  Mungkin berjaya jadi ahlil masjid, mungkin berjaya kawin 2,3, 4.   Tapi yg paling mahal.... berjaya menjalani hidup dgn tenang yg belum tentu semua orang ada.


Sometimes, people whom we perceive as unintelligent may actually be more successful than us. They might lack expertise in their professional field but excel as "masters" in another area they are passionate about.


Kadang-kadang, orang yang anda anggap sebagai tidak bijak sebenarnya mungkin lebih berjaya daripada anda. Mungkin mereka kurang kepakaran dalam bidang profesional tetapi cemerlang/master dalam bidang lain yang  mereka minati.





Cuma ai rasa moral of the storynya dari penceritaan kwn ai ni   ialah,  kita sbg hamba-Nya yg kerdil ini memang tak boleh pandang orang sebelah mata sebab Allah itu Maha Besar, Adil lagi Bijaksana.  Dia mampu mengubah manusia dari satu bentuk kepada bentuk yg lain, menukar air mata kepada bahagia, menukar  benci menjadi sayang, menukar sayang menjadi benci. Menukar bodoh menjadi pandai.  Menukar miskin menjadi kaya.  Mengganti yg hilang kpd yg lebih baik. Begitulah kisahnya.  





Begitu juga kita sbg ibu, dlm setandan pisang, mungkin ada yg masak, ada yg belum.. ada yg bruises, ada yg segar bugar.  Begitu juga anak2. Ada yg genius, ada yg kurang. Tapi kita tak tau, mungkin dari kelemahan salah sorang itu, yg itu la sebenarnya nanti yg akan menjaga kita sampai kita mati.  Mungkin itulah yg akan  hulur kita duit tiap bulan... kekeke..  Jadi layan je la mereka sama rata biar apa pun bentuk mereka.  Kita tak dpt menelah apa yg bakal berlaku di kemudian hari kerana hidup ibarat roda2 yg berputar.   Wallahualam.. k.bai...   


p/s :    Selagi blom berjaya meng'qada' solat2 yg pernah tertinggal di zmn jahiliyah... usah bicara soal kejayaan.   Ada ke agaknya?.  Mana la tau ada, kalau ada pun mungkin kita lupa sbb tak tulis dlm diary... tapi qada' je la ye puan2 (buat pelan2... mesti lama2 abis)... selagi Allah bagi kita peluang.




8 comments:

  1. doa ibu bapa tu penting..sekiranya tak berjaya adalah ujian pd hambanya..kita sbgai manusia percaya pd qadar dan qadar walhu'lm

    usaha tu penting..belajar utk menjadi cerdik bkn belajar semata mkn gaji..mulut manusia mmg suka cari kelemahankan..org berjaya hasad pulak..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Itu la.... comel kan?. Baik pulak org tu nak bagi free je.

      Delete
  3. MM, teringat kawan kakak dulu di kampung, dia pi sekolah lena jaa...tapiii...sekarang ni jutawan dan dermawan.baik orangnyaa...ada stesen minyak, ada kilang air...dia banyak bantu budak2 kampung yang takde keje gi keje dengan diaa...jangan sangka budak2 tak pandai kecik2..malas..takder masa depan...tapi di mana ada usaha di situ ada kejayaannyaa...in shaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik cerita kwn kakak Linda ni.
      Thanks atas perkongsian. :)

      Delete
  4. Comei la kucing tu... mcm comei kan kan kan....

    "yg penting berjaya masuk SYURGA..... Insha ALLAH"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe........... itulah kejayaan sebenar lagi berpanjangan.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.