Wednesday, August 21, 2013

Moga Kita Bukan Orang Yang Bakal Menyesal

Sbg renungan utk diri sendiri, malam ni aku nak menghayati cerita menginsafkan ini.... sapa2 yg belum pernah baca, boleh la sama2 baca dgn aku bertemankan puding horlicks rekaanku yg sgt yummy.. (hahaha yummy la sgt, padahal menu desperate,  niat asal nak buat puding cocktail yg biasa2 tu tapi malangnya stok susu cair dah expired pulak).



Tersebut al-kisah Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.




Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.




Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal. 

1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitulah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqum sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi di akhirat. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang tidak... lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa pula menimbun.

Orang-orang kafir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat, harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama (murtad) lagilah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi dilepaskan. Di akhirat nanti merekalah yang paling menyesal.


Itulah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..


Pls remember, the cleverest person is the one that prepared for the next world..... the permanent one.

OLDER POST :    Tragedi Bas Jatuh Gaung di  Jln Km 3 Genting - Karak 

4 comments:

  1. Kali pertama dgr kisah pengikut Iskandar ni.. Semoga kita takkan ada penyesalan dlm hidup, mustahil rasanya tapi kenlah usaha kurangkan penyesalan, kan?

    Takziah kepada keluarga mangsa yg meninggal tragedi bas tadi... Agaknya ada antara mangsa yang sempat menyesal semasa nak habis nyawa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada...
      Bersyukurlah kita ni kan Aisy, Allah masih beri lagi peluang, moga kita dpt manfaatkan peluang yg masih dipinjamkan ini. Moga dpt saling ingat mengingati.

      Delete
  2. kisah yg padat…betul kak mirror..bila dah masuk alam akhirat segalanya sudah terlambat..entry ni menyedarkan intan kita jangan alpa dengan duniawi ja..akhirat kena sama naik..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Mirror pun takut Intan.... doakan K.Mirror ditetapkan iman ye biar dpt masuk syurga. :)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.