Friday, August 23, 2013

Awas!. "Ustazah" tgh berceramah ni.. :D

Ada dosa yang tidak terampun dengan istighfar, tapi ia terampun dengan ujian dari Allah s.w.t.   Ujian juga MODAL penghapus dosa ~ Syeikh Zainul Asri

Ya la kan, sepatutnya kita menjerit suka sbb dpt "modal". Ni makin kita menangis2 mcm budak kecik pulak, tertipu kita ni oleh syaitan.  Kesian bagi org2 yg mendapat "istidraj" (eh betul ke ejaan ni?). Iaitu mereka yg lalai (tak solat dsbnya tp Allah terus bagi dia nikmat, riang ria, kaya raya dsbnya... sesungguhnya mereka adalah org2 yg rugi... nauzubillah).




MARI MEMBASUH BAJU DENGAN IKHLAS SUPAYA JADI "MODAL" UNTUK PULANG
KE SANA..  (motivasi utk diri sendiri utk menghabiskan basuhan yg banyak ini..haha)



Apa motif tah aku snap gambo bulan mengambang ni?. Sesaja kot menghiburkan hati sambil2 menghabiskan basuhan malam tadi. Aku membasuh memang tak kira siang atau malam, janji keja beres. Mcm ni la bila membasuh di mlm hari, hanya bertemankan rembulan di tepian balkoni. Kalau membasuh di siang hari, ada la jugak kengkadang "ditemani" oleh keramahan Mrs C jiran sebelah yg juga tgh membasuh, kalau sempat mmg kami beramah mesra... or just say "hi".... oh gossip2 takde ye.. Memang bagus dpt jiran mcm beliau ni... tak pernah menjerumuskan diri ke kancah pergossipan... kekeke. Tapi kalau busy, hanya sempat main jeling2 mata jelah...














Aku tak posa 6 hari ni.... (sebelum kengkawan aku bertanya baik aku jawab). Next week la kita cuba lagi ye.  Aduhh... mmg byk dugaan nak dpt ganjaran pahala yg besar ni. Tahniah la kpd yg dah berjaya menghabiskannya.


Aku tgh makan rempeyek yg Mak Mentua aku bagi ni... sedap pulak. 



p/s :    Sempena Jumaat yg mulia ni.... mari bykkan selawat ke atas baginda S.A.W.. besar ganjarannya.


older post :   MOGA KITA BUKAN ORANG YANG BAKAL MENYESAL

4 comments:

  1. As salam Sam,

    Aduh rempeyek tu... rasa gigil2 nak curik ceket...huhuu... tak sabar nak abis pantang & pulang ke 'sarang' hehehe... Salam Aidilfitri! Moga kita semua tabah & kuat dengan ujian yg mendatang... ameen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam w.b.t.

      Sabar Marya.... jgn mkn rempeyek dulu.. pejam celik, pejam celik lama2 abis gak tempoh pantang. Masa tu nk mkn seguni pun takpe... hehe

      Delete
  2. “dari bulan turun ke rempeyek”..tajuk filem terbaru..saksikan di pawagam berdekatan..hoho

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.