Friday, August 16, 2013

Pegi beraya bawak kamera.. inilah padahnya.

Hello di sana...
di sana masih ada mood raya lagi ker?.

Di sini dah kureng... 
cuma MIL aku nak buat marhaban weekend ni..


Sebelum mood raya makin kureng dan mengureng, baik aku upload gambo2 
yg tersorok dlm memory card aku ni sebelum menjadi basi.   
(Sah!.   Sedara mara aku tu... lama2 nanti  dgn camera2 diorang sekali jadi basi tau sebab menyimpan gambar basi, penat je aku posing masa raya pertama ritu, pastu satu gambo pun diorang tak upload........... sobss!! sabor je la aku.  Janji pelesu kau taburi semata).
  








Itu ari beraya kat rumah makcik kepada biras aku, si Mazhar..
rajin Makcik tu menanam bunga
segar2 bunga dia tanam dah macam bunga2 kat Kingspark, Aussie..
Bilalah aku nak jadi serajin ini ye?.




Kata bibik, kat belakang rumah ada macam2 lagi yg cantik2... tapi segan la pulak aku sampai nak menskodeng belakang rumah orang..  snap sajalah apa yg ada kat depan mata tanpa rasa bersalah.










Ini pulak masa menggedix raya pertama kat rumah nenek IRP.   Nenek tinggal sorang kat rumah masa tu sebab semua gi beraya, so cucu menantu mithali ni kenalah menemani beliau, tapi bukan la aku buat apa pun kat situ, tayang2 muka mengantuk aku tu kat sofa je.. tetamu2 semua jenis pandai layan diri... siap bancuh air sendiri kat dapur. Hehe.... superb!


Aku dan cermin tak dapat dipisahkan?.


"Jika nak tengok bagaimana rupa awek kita di masa tua, lihat la pada neneknya, jika nak tengok bagaimana rupa nenek kita masa muda, lihatlah pada cucunya" -  Kak Mirror je yg ckp.... sebab tengok muka Qistina kengkadang mcm sama dgn rupa nenek IRP. (eh lupa pulak nak upload gambo nenek IRP).


Cucu aku takde yg seiras aku (eh aku pun ada cucu tau, cucu sedara)... tapi Si Nana ni menurut ibunya ada menurun sikit sifat2 aku. Tak tau la tang mana....(tang rajin bercermin?.  Oh tidak!!).  






Don't misunderstand, Nana tak gedix budaknya (eh aku gedix ke??)... cuma mungkin dia ada menurun sikit sifat aku yg agak cerewet pilih sesuatu, itu je kot mungkin.  Anyway,  aku berbanggalah jugak sbb ada yg sudi mengcopy paste nilai2 murni dlm diri aku ni... ahaks!.  (murni la sgt).





Antara yg sempat dicandid juga ialah.... gambar anak sedara aku yg cumil sorang ni.... Ila.








Mengabadikan kenangan dengan Makcik aku yg tudung purple tu.. (adik ipar emak aku) semasa menziarahi beliau di raya kedua.  Di sebelah beliau adalah besan barunya yg sgt peramah orangnya.

SEMALAM PETANG PEGI PASAR PARIT JAWA..

Sepanjang aku berada kat rumah MIL, aku sempat meronda2 dgn beliau ke 
Parit Jawa, cari ikan kat pasar, sebelum tu kami makan asam pedas kat situ... sedap!.



Tanpa rasa bersalah, aku paksa makcik ni posing.






Aku tak pasti la ni buah apa.   Macam binjai.   Tengahari tadi aku dah buat sambal.  Sedap!!.   Tumbukkan sambal belacan mcm biasa, hiriskan buah ni, masukkan gula sikit.



Oklah... itu je aku nak menceceh buat hilang2kan kebosanan.   Tq baca.

6 comments:

  1. wah kak..selamat hari raya maaf zahir batin..lama betul tak baca blog akak..dah setahun i bersara dunia blog..haha..

    kak tumpang tanya, gmbr pokok bunga kedua yg cam ala2 tulip kaler merah tue pokok bunga ape ye kak?

    seronok lah tgk n baca cite raya..tapi mana gmbr raya akaknyaa...selalu mysterious je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh awak!. Lama betul ye menghilangkan diri. Memang K.Mirror ingat lagi, kali last you update raya taun lepas kalau tak silap.... pakai baju merah awak masa tu.

      Pokok tu?. K. Mirror pun confuse Dik... blom sempat tanya dgn tuan rumah, , nanti sesenang K.Mirror tanya.

      Gambar akak ada....... byk kat older post tu Dik.

      Delete
  2. anak cikgu mat som tu tak silap...rumah papan tu antik..suka tgok

    camera pun tak dpt di pisahkan ye..samalah kita pun..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Sam,

    maaf lama tak datang mentong ;-)
    ape pun maaf zahir batin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..... Eid Mubarak dan Maaf Zahir Batin utk Yong juga..
      Mentong?. Nak mentong ketupat pun ketupat dah abis Yong.


      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.