Thursday, August 15, 2013

Mana kat dunia ni ada orang takde masalah?. Cuba cakap ngan aku!

Pagi sayu, tengah hari serabut, petang gembira, malam tetiba tersedu sedan. Pelik ke?. Tapi inilah yang mungkin berlaku pada sesetengah dari kita sekiranya kita sering diuji dan teruji dalam satu2 masa. Sesiapa pun pernah mengalaminya. Mood kadang2 sukar untuk dijangka, berubah2 macam warna sesumpah, macam hati juga, sukar untuk difahami, tapi kita hanya insan biasa, hamba-Nya yang sangat lemah, tidak mampu berbuat apa2 tanpa pergantungan sepenuhnya pada Penciptanya...


Ujian demi ujian sebenarnya adalah satu TEGURAN dari-Nya.



Mungkin ALLAH mahu memberi teguran kerana dosa lalu atau kesalahan demi kesalahan yang kita pernah lakukan. Hanya dari teguran itu la yang paling layak untuk kita mengubah diri, bukan dari orang lain, sebab tu Allah menurunkan ujian. Satu hal yang pasti kita akhirnya bahagia dengan teguran ini akhirnya nanti. Percayalah.


kalau bersedih ati, kau hias2 la rumah ke, ngeblog2 ke...



melihat ciptaan2 Illahi - mampu menenangkan jiwa dan raga....  pic credit kpd Perjalanan Menuju Abadi


PEMERHATIANKU MASA RAYA ITU ARI...

Mana ada orang kat dunia ni takde masalah??.    Cuba cakap ngan aku.
Sebab tu aku tak paham kenapa ada orang yg sampai tak boleh nak senyum lagi dgn kawan2 lamanya ni... yg lawo ni....  keh3.   (mungkin mampu tersenyum tapi dah tak seramah dulu waktu belum2 kawin, kita tanya sepatah jwb sepatah, kalau senyum pun mcm dlm paksaan, nak kata dah sombong, rasa2nya tak.. cuma wajah nampak terlalu sugul).  PERNAH TAK KORANG JUMPA KAWAN/KAUM KERABAT YANG CENGGITU?.    Hanya kerana permasalahan rumahtangga (begitu menurut org2 yg rapat dengannya), "dia" dah tak jadi dirinya yg dulu.   Raya2 dah pakai comel2 pun still tak happy.   Emmm kenapa ye?.    Zalim sungguh suaminya jika dah buat bininya hilang keceriaan hingga hilang dirinya yg sebenar.     Padahal dulu dia sama2 gedix  happening cam aku.



Buat adik2 cumil yg baru nak terima lamaran di luar sana, kau jgn kawin tau lelaki cenggitu!.    Nanti bebaik muka ko cumil, jadi cepat tua plak.   Kah kah kah.


So, aku harap, apa pun keadaan kita pls cheer up!.  Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang menganggap tidak ada kebahagiaan di dunia.  Sbb hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan lg. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.


p/s :    Eh yg aku crita ni bukan si Comei tau... mentang2 la dia orang pertama yg dtg rumah aku taun ni, nanti korang sangka aku ngumpat si Comei pulak....  Nehi2.   Eh si Comei tu happening seisi keluarga, dulu kini dan selamanya.   Thanks darlings sudi datang rumah emak aiii..




6 comments:

  1. Haha...nak kena pesan dengan orang yang spesis macam ni, sila baca blog miss mirror, konfem hilang lara di jiwa...

    Betul sam, setuju sgt.. Jangan la kita bersusah srabut sampai orang lain naik menyampah tgk kita ni.. Ada ke patut di hari raya pun macam tu? Saya pun ada jumpa manusia macam ni raya aritu. Mujur tak sekeh je,sabar sebab banyak makanan sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... ha'ah, baca la blog I kalau hati disalut rawan. (Harus ada yg muntah baca statement ni).

      Tak syok la kan Aisy kalau jumpa org cenggitu, terkecik ati kita melihat tingkahnya yg merundum dan tak semesra dulu.

      Delete
  2. Kalau Masam Macemm Kita Kasi Lelong je Sam..
    Sepuluh Ribu Darham..
    Dua Puluh Lima Ribu Darham..

    ReplyDelete
  3. tetiba aku lak... nehiiii...
    kalau gaduh dgn laki sah2 aku x singgah rumah mu bokde...
    ni aku bwk rombongan cik kiah lagi tau...

    betapa bahgianya aku hinggakan tiap tahun raya pertama dah jejak rumah bokde tau... selalu pas solat raya terus serbu tapi tahun ni lambat sikit lepas solat zuhur sbb beraya tpt lain dulu....heheheeee... selamat hari raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha...... ha'ah betul tu, ko klu gaduh
      terus aku tak nmpk byg.

      Sudah pastinya bukan engkau.
      Kau kan begitu berbahagia skrg, alhamdulillah...dari sinar mata pun aku dpt menyelami kebahagiaan korang berdua.
      Mudah2an berkekalan. Aamiin.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...