Thursday, August 15, 2013

Bukankah dia ibu kepada anak-anakmu??


Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah meninggal, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak akan lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas oleh-Nya dengan cara yang dikehendaki-Nya.  Yakinilah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. 

Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

p/s :    Nyampah mendengar kes2 somi pukul bini,  macam lelaki tak ada *************!.     Bukankah dia ibu kepada anak-anakmu???.


OLDER POST :  Tutriol Shawl Bersilang Kak Mirror

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.