Friday, August 30, 2013

Suri Rumah VS Wanita Berkerjaya

Mengapa jika sebut "suri rumah"  automatik orang terus membayang dan melambangkan sesuatu yg tidak bergaya dan tidak rugged pada sesetengah telinga?.  (sesetengah je... tak semua telinga pun kan).



Bini Obama pun suri rumah Nok....  apa ada hal...


Natijahnya ada suri rumah  yg  goyah dan mahu menukar rasa, ekoran telinganya dah tak tahan mendengar  pendapat kolot ini... yg mengatakan suri rumah hanya terperangkap di dalam rumah dan tidak mengetahui isu semasa, katak bawah tempurung, duduk terperosok di ceruk dapur dan dianggap kurang berjaya?.  Hello!.  Suri rumah skrg ni ramai yg educated2 ye, malah pemegang PHD pun ada!.  Kawan ai yg engineer tu pun last2 mengabdi diri pada somi sebab kat Saudi Arabia tak membenarkan wanita bekerja.




Ketahuilah, sesungguhnya dengan dunia tanpa sempadan dan ruang terbuka angkara internet yang berpanjangan, isu semasa dan ilmu dunia hanya di hujung jari untuk diterokai oleh wanita masakini.  Malah adakala mereka lebih mempunyai banyak masa untuk menganalisa apa yang ada berbanding dari sesiapa pun yang mungkin bekerjaya.  


Japanese saying, "all occupations are equally honourable, there are no high and low."




وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

**janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik 
daripada mereka ** al-Hujurat: 1



Bukankah mereka antara wanita yg terpelihara dari fitnah luar serta gangguan lelaki?. Kejelitaanya, dandanannya hanya untuk suami. Ketaatan setianya pada rumah yg dihuni, berkhidmat tanpa mengenal penat demi keselesaan anak2 dan suami yg dicintai, ikhlas berkhidmat... malah ada yg tanpa gaji, bukankah itu ibarat bidadari, bukan hanya di Syurga nanti... malah di dunia ini pun lagi.




Memang la tak dinafikan ramai ibu berkerjaya yang cemerlang dalam urusan rumahtangga  dan tidak kurang juga surirumah yang tidak cemerlang langsung  dalam tugasannya (rumah bersepah, anak2 tak terurus... hidung berhingus, lantai melekit...entah apa yg dibuatnya sepanjang hari?.  Hahaha.. main tenet je kot?.).   Tapi biarkan la mereka.. tak kacau pun hidup kita.


Ai sebenarnya hairan, mengapa orang suka membandingkan dirinya dengan seseorang dan melabel mereka sbg "tidak beruntung " berbanding dirinya.  Apabila dia melihat seorang wanita  tidak bekerja, dia mengatakan golongan tersebut sangat rugi kerana sekiranya suaminya meninggal bagaimana dia mahu mengurus keluarganya. Oh my God!! Manusia, mudah naw mengukur kadar keuntungan hidup itu berdasarkan pandangan zahirnya sahaja.



Allah telah menyusun hidup manusia dengan begitu cantik sekali tanpa sebarang cacat celanya. Sekiranya manusia melihat takdir yang menimpa seseorang itu sebagai sesuatu yang malang, sebenarnya merekalah yang malang kerana tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan Kekuasaan Allah yang berhak menentukan apa yang terbaik buat hamba-Nya. 

Awasilah mulut dan hati kita. Jangan sesekali memperkecilkan manusia dan memandang tinggi terhadap diri sendiri.


Kita sering meletakkan harta, wang ringgit, emas, simpanan sebagai penjamin masa depan.  Astagfirllah. Bukan apa.. takut jatuh Syirik. Wanita ditakutkan kalau tak ada harta nanti akan susah. Nanti hidup melarat. Nanti merempat!.  Anak-anak dididik cari duit, cari harta semasa muda, bukan cari ilmu. Bukan kenalkan Allah.


Hanya Allah yang mampu menjamin segalanya.


Cuma, 1 saranan ai, terutamanya isteri2 yg rela menunggu suami dari zero (tiada apa2), meski pun anda memutuskan untuk menjadi suri rumah, jangan hanya terdiam di sisinya, teruslah berkembang seiring dengan perkembangan diri si suami terutamanya dari segi pemikiran dan ilmu kerana jika kamu tertinggal di belakang, kamu bisa saja terinjak dan diremehkan.  Saat dia menuju puncak, mungkin bisa saja baginya kamu tidak lagi memberikan keseimbangan.   


Nota :

Jika berlaku penceraian atau kematian..

Isteri yang tidak bekerja boleh dan mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian berdasarkan sumbangan tidak langsung. Sumbangan tidak langsung yang dimaksudkan merujuk kepada sumbangan isteri dalam menguruskan keluarga dan anak-anak sepanjang suami keluar bekerja.

Malah untuk kategori kedua iaitu kematian suami, tuntutan harta sepencarian perlu didahului sebelum harta dibahagikan melalui kaedah faraid atau pembahagian harta pusaka.


Yang penting Puan2 buat pilihan yang paling tepat, yang paling sesuai dengan jiwa Puan2.... dan yg paling utama sekali... IKUT CAKAP SUAMI!.  Inshaa Allah berkat hidupmu nanti.

Ikut bahasa Arab, suri rumah adalah Rabbatul Baith iaitu The Queen Of The House.  Ha!.  Kan dasyat tewww!.  Permaisuri gitchew.


p/s. :.   Masa depan kita adalah misteri.  Hanya Allah je yg tahu. 

"Kita takut miskin.. padahal miskin paling ringan untuk dihisab."

³




22 comments:

  1. inshaAllah, semoga kita jugak diberkati selalu..sapa tak nak jadi isteri mithali kan :)

    ReplyDelete
  2. surirumah sekarang ni, beli barang online..jangan ingat outdated...kekekekkee..bilalah saya buleh jadi surirumah sepenuh masa neh...

    ReplyDelete
  3. Koi pun dah jadi surirumah...busy kalah project manager

    ReplyDelete
  4. Apa2 je la bokde....

    Janji aman rumahtangga...

    ReplyDelete
  5. kak nor dah hampir 17 thn jadi surirumah...mmg mcm caplin buat kerja..suami tak sempat nak komen itu ini..semua tersedia..ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh.... dasyatlah K.Nor.
      Mesti suami bertambah saaayang!

      Delete
  6. MM..ZZ suka bab surirumah pun kena bergaya dan berhias...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZZ mmg kelaz, suri rumah contoh!. Pengusaha kuih yg berjaya lagi!!.

      Delete
  7. sara pun suri rumah dari mula kawin sampai skang, dah 9 tahun lebih. suami tak suka sara kerja.kadang2 terasa jugak rendah diri bila kumpul ramai2..tp bila mengenangkan sara duk umah bole jaga anak sendiri,suami gi kerja senang hati,duit masuk je walau sambil duk "nganga" je...suka..suka..suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar pahalanya tu Sara taat perintah suami. Tak de apa pun yg hendak direndahdirikan sebenarnya.

      Delete
  8. Dulu tingin nak jadi suri rumah sepenuh masa... tapi terpaksa kerja demi sesuap dua nasi utk keluarga. Now berangan nak jadi Ibu Mithali lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan tercapai impian kita semua utk jadi ibu mithali Mamawana. Aamiin.

      Delete
  9. nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa!!!!!! bila nie kak miss????

    ada sesapa nak tolong bayarkan hutang tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deq Su - ya lah, Kak Mirror doakan mudah2an ada duit terjun dari langit. :D

      Delete
  10. Kena yakin yang bahagian masing masing tak sama.. Yang suka perli dan tanya macam macam ni patut cilikan je mulut tu...

    ReplyDelete
  11. hani lepas abish study terus kawin,..smpai skrg, dh hmpr 3 thun jd suri rumah..alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  12. Saya sekarang surirumah. Tp org trdkt mghina sy.. Ya gajinya mahal, merendahkan suami sy..sy bukan seorg yg meminta2.sy x kisah pn x pkai branded. Sy ad bisnes online. Rezeki Allah tu pasti..sy bhgia dgn suami sy, cuma sy sedih n sering mnangis bila org yg lahirkan sy menghina ..sy buntu..sy kasihankn suami..nafkah sntiasa cukup.. Hinakah bila tidak bekerja?? Huhu - bekas jurutera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabarlah Puan...
      Apa jua bentuk penghinaan kat dunia ni.. jika kita sabar, itu petanda Allah ingin menaikkan martabat kita di akhirat.

      Yg penting suami redho atas puan.. inshaallah, ada hikmah yg menunggu puan 1 hari nanti.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.