Friday, October 18, 2013

Dilema bini orang nak gi haji

Bersyukurlah kepada yg telah terpilih mendapat "kad jemputan" dari Illahi.    Tak semua orang mendapat peluang itu kerana jemputan itu dari Allah bukan dari manusia.    Tak kira la umrah mahupun haji.   


 


Bersempena Jumaat yg mulia ni, mari kita sama2 memberikan jalan keluar kpd kawan ai yg sorang ni.   Kalau nk diikut dari segi kemampuan wang ringgit dan tenaga mmg dah lebih dari  ada utk beliau bergelar Hajjah.    Kos skrg ni klu tak silap ai...RM10,000.00 + RM5000 (subsidi kerajaan)= RM15,000.00 (darab 2 org = RM30,000.00).    Tapi mengenangkan anak2 beliau yg 3 kali ganda jumlahnya dari anak ai....  hatinya masih berbelah bahagi  walau hati membuak2 nak pegi sampai rasa nak nangis.   Kesian pulak ai mendengarnya.


Nak dihantar pada ibu mertua, beliau tak sampai hati atas faktor2 keuzuran, nak dihantar pada ibu sendiri?.  (Yg tu beliau tak sebut pulak, mungkin ada problem2 lain).  Bibik?.  Takde..  Nurseri?.   Tak pernah dengar pulak  ada nurseri yg boleh menjaga budak sampai 40 hari 40 malam.   Ada ke?.


Diimbas zaman mak ayah kita dulu,  arwah ayah ai pegi haji bersendirian, then emak pulak pegi after berbelas tahun kemudiannya di saat2 kami semua dah pandai berdikari.    Kawan ai klu nak buat cenggitu pun boleh kot?.  Tapi mesti dia nangis.... keh3.


You all yg dah bergelar hajjah (tak kira hajjah besar mahupun kecil/umrah) pulak cemana?.    Mungkin boleh berkongsi idea..



8 comments:

  1. Kakak pergi menunaikan haji dgn hubby ketika tiga-tiga anak masih kecik lagi. Tapi syukur masa kakak pergi tu cuti sekolah hujung tahun. Jadi anak-anak kakak tinggal di rumah dengan maid Indon kakak dan kakak akak (sebab cuti sekolah masa tu).. selama 43 hari kakak tinggalkan mereka tak ada masalah... alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih Kak Hjh Zakie berkongsi cerita. :)
      Moga jd panduan kpd yg lain.


      Delete
  2. MM...saya sebenarnya sedih sangat2 ingatkan bulan 7 haritu dapat pegi umrah...ingat nak pegi dengan family kakak ipar coz husben dah pernah pegi dan kalau pegi berdua taktau nak harapkan siapa utk jaga anak2... mulanya agen komfom kata dapat pegi...saya dah siap beli jubah dan ambik injection, rupanya takleh pegi sebab takde mahram... nak buat camne...ada la hikmahnya tu kan...tapi hatini dah teringin sangat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannyaa ZZ...... takpe, next time pegi bawak anak lelaki pulak sbg mahram.

      Delete
  3. Mama gi haji hari tu tawakal aje aje tinggalkan anak2 dwngan bibik yg baru 2 minggu bekerja ngan mama.nak buat camana mak abah dah x de...mil pun dah agak uzur...nak tinggal ngan adik beradik mama ..time sekolah pulak...so pasrah ajw..tinggal dgn bibik .tapi weekend ada saudara mara tolong jengah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo I see..... Bibik baru 2 minggu keja?. Kira satu pengorbanan besar dan perlukan jiwa yg kental jugak tu Mama... tapi nampaknya niat yg baik, Allah berikan kekuatan itu pada Mama kan utk tinggalkan anak2?. Akhirnya Mama dah selamat bergelar Hajah. Alhamdulillah dan Tahniah!

      Delete
  4. Semoga dimudahkan urusan isteri yg berniat baik ni.. inshaaAllah ada jalan terbaik utk dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aisy... sama2 la kita doakan niat sucinya itu. Aamiin.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.