Wednesday, February 12, 2014

Tip hilangkan buncit?

Assalamualaikum w.b.t...  dan  salam sejahtera..


Masuk kali ni dah 3 orang mintak pendapat Makcik... "Macam mana nak hilangkan perut buncit?".    Entah ler, adakah Makcik org yg layak utk ditanya?.  Since Makcik tak de jual ubat2an pengempis perut, Makcik tak tau la Yunk nak jawab apa.   Marilah kita bermuzakarah sesama kita untuk mengatasi masalah diorang ni ye.. puan2.





Kalau dari segi pengalaman sendiri, kali terakhir Makcik ambik kisah pasal perut ialah masa zaman2 study dulu. Masa tu entah kenapa terasa mcm perut tak berapa nak cun sgt, sebenarnya takde la teruk sgt tp sbb jelouskan sorang kakak kurus yg perut dia lebih slim (alfatihah.. dah arwah kakak tu.. sedihnyaa) terus mintak idea dia, pastu dia suggestkan utk buat senaman sit up, then berpesan jgn mandi selepas makan.  Makcik buat la sekali dua... pastu terus malas, sekali sekala ada jugak  mengikuti senamrobik ditemani Datin Z di hari minggu,  pastu abis blajar.. dah mula meningkat dewasa sikit.. masalah tu tros takde lagi, alhamdulillah.  Mungkin sbb opis ngan rumah sewa 2km kot dan masa tu Makcik dgn gagahnya berjalan kaki dgn gembiranya meredah embun pagi.  So, pembakaran lemak telah berlaku di situ dgn jayanya.   Korang buat la camtu ye.


Then bila pregnant... kembali la buncit sbb ada si Ain duduk dlm tu. Haha.. Bila Ain dah keluar, gigih la semua org2 tua yg dah berpengalaman tu "menjaga" diri Makcik dan pot pet pot pet....termasuk la arwah ayah Makcik yg gigih berpesan tiap hari... "Pakai bengkung... bengkung jgn tinggal... nanti baru anak sorang, punggung dah melebor ".   Makcik ikut je ler pesanan tu, berbengkung seminggu dua..... walaupun perut dah gatal2 kena kapur, Makcik redah je...hahaha.. pastu dah akhir2 nak abis pantang, Makcik pakai je korset Cosway yg biru tu. Bagaimanapun, si Ain dan adik2nya pun turut menjadi faktor penyumbang sbb diorang kuat menyusu badan. 


Sejak tu la Makcik terus kurus dan kurus terus tak buncit lagi... begitulah ceritanya, memang takde apa2 rahsia.


4 comments:

  1. arghhhh dah start teringat berbengkung dalam pantang dah ni..hahahaha..
    sapu benda alah kat perut pastu ikat bengkung ketat2...gatal sungguh kalau dh start berpeluh..hahahaha..tapi kalau lama2 buat gitu mmg boleh selim betullah disamping jaga pemakanan dan sedikit sit up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - kalau diingat episod dlm pantang... mmg tak tertanggung seksanya, lagi2 bila musim panas, merenyam satu badan.

      Delete
  2. Good idea juga tu Nafisa. Kak Mirror pun ada... adik ada hadiahkan

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.