Sunday, March 30, 2014

Mengenali Jenis-Jenis Minyak Wangi

"Aikkk murahnya??!.  Ori ke tak tu?.   Make sure ori ye, Miss Mirror tak jual benda2 tak berkualiti  dlm belognya ye  Encik Bedot  (bukan nama sebenar)."  Kataku di hujung talian.

"Of coz ler ori....".   Jawab Encik Bedot bukan nama sebenar.


"Make sure ori... jgn mencalar nama baik "Miss Mirror", kesian customer2 I".  Wah!. Bunyi mcm eksen gitu!.   Hahaha...


bersambung...  telenovela ni akan bersambung pada minggu hadapan.   Stay tune!



Kita tunggu ye puan2 perfume2 itu nanti.  Itu pun kalau masih ada lagi sbb stok terhad!.    Kalau dpt rega murah, of coz le ai akan jual murah gak ngan you all.   Inshaallah.  Sebelum tu kita berkenal2an dulu dgn jenis2 perfume...



Anyway...  lola ni ai punya!!.  Utk raya... hehe..



1) Parfum 

Wangian yang mempunyai campuran yang paling pekat, sekitar 15-40% kepekatan. Harganya juga adalah yang paling mahal, dan sudah pasti baunya juga yang paling kuat dan ketahanan yang paling lama berbanding jenis-jenis yang lain. 



 2) Eau De Parfum (EDP)

EDP adalah lebih ringan berbanding dengan Parfum, dengan kepekatan campuran sekitar 8-15%.  Mampu bertahan sekitar 3-5 jam, namun ada juga perfume jenis EDP yang dpt bertahan sehingga 8 jam.   EDP sesuai diguna utk menghadiri majlis2 formal atau untuk si isteri di kamar tidur sbb bauannya yg tidak menyengat berbanding perfume murahan.



 3) Eau De Toilette (EDT)

EDT adalah wangian yang lebih lembut, dengan kepekatan aromatiknya sekitar 4-8%.   Selalunya harga adalah lebih murah berbanding EDP dan berketahanan 2-4 jam selepas semburan. 



4) Eau De Cologne (EDC) 

EDC selalunya dipanggil Cologne dan mempunyai kepekatan aromatic yang paling cair, sekitar 3-5% kepekatan. Ketahanan baunya adalah sekitar 2-3 jam.

1 comment:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.