Ada sapa2 yg tgh berangan2 nak buka sebuah pasaraya??. Mari kita gossip2 liar tentangnya kat sini. Kita berbual selaku seorang pengguna je.... walau tajuk ni seolah2 macam aku dah bukak satu pasaraya besar dan berjaya!. Kah kah kah... aku kan mmg suka berilusi dan berfantasi. Lupa ke tagline aku selama ni... 'MARI MENGGEDIX SEBENTAR'?.
Kreteria apa yg anda suka untuk mengunjungi satu2 pasaraya itu?. Adakah hanya kerana kat sana ada jual durian creepe atau mungkin kat sana ada awek yg cun2?. Mari kita buat kajian.
Si A, kwn aku.. berkata... dia suka gi tempat tu bila senang parking. Si B, kwn aku yg sorang lg kata... dia suka pilih ikan kat Pasar C sebab ikan kat situ segar2. Si D pulak pilih pasaraya E sbb soal keselamatan (nampak guard dia berlegar2 di mana2). Kalau aku pulak.. suka gi sesuatu tempat tu bila ada jual baju...hahaha..
Biarkan mereka dgn pilihan mereka, mari kita kaji isu ini..
1). Bagaimana menjadikan pasaraya itu nampak ceria dan tak suram mcm tanah kubur?. Aku pernah nampak dan aku takut nak singgah sbb suasana suram mcm tu buat aku berkesedihan.
"Penjualan dan peragaan BUAH-BUAHAN dan SAYUR-SAYURAN haruslah diletakkan di bahagian depan untuk menghidupkan suasana dan menampakkan keceriaan".
Itu adalah dari segi psychology ye puan2... dari segi logik pun, senang Makcik2 nak gi pilih sayur... takde la nak merentasi pelbagai halangan selautan manusia baru jumpa tempat sayur, baik2 nak beli byk.. tros beli sikit sbb dah kepenatan.
bukan nak iklankan kari kepala ikan yg aku masak utk dinner ni tadi ... tapi corelle.. |
2). Susun atur - Mana2 barang yg sukar dijual... letakkan di rak2 yg paras mata dgn pelanggan.. supaya senang pelanggan nampak benda tu. Mana2 yg memang dah sedia laris.... letak kat bahagian bwh pun takpe.. customer mesti akan mendapatkannya tanpa "dipaksa".
3). Barang2 yg hampir expired... letak di sebelah hadapan supaya cepat terjual. Jgn dibiar tersorok.
4). Kalau nak melariskan penjualan, contohnya Corelle... (eehhh correlle lagi, ahhh aku saja je..) letaklah corelle itu berdekatan dgn penjualan keperluan harian.. contohnya diapers ke, pad ke.. sebab senang nanti.. Makcik2 yg nak beli pampers... tetiba plinggg!!. Nampak pinggan mangkuk.. terbeli tros pinggan mangkuk dgn banyakknya. Waaah best!!.
Begitu juga utk barangan2 kaum bapa... contohnya minuman2 penguat tenaga atau jamu2. Ahaha.. Brg2 tersebut pun ada baiknya anda letak bedekatan dgn barangan2 penjualan bayi supaya Pakcik2 yg dtg nak beli keperluan anak automatik mata mereka akan terfokus ke arahnya.
Itu je la puan2 yg ingin Makcik Mirror kau ni bincangkan mlm ni.. Lain2 Makcik dah pernah sebut sebelum ni contohnya soal lighting. Pencahayaan yg cukup membuat pelanggan2 jadi happy utk mengunjungi. Selamat Berniaga puan-puanssss. Dah bukak pasaraya nanti JANGAN LUPA BORONG CORELLE AKU tau!. Kekeke..
p/s : Tahniah buat sahabat2ku yg dah berjaya dlm bidang ini. Sgt berbangga dgn pencapaian mereka.
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.