Friday, April 11, 2014

Mari Amalkan PASSWORD Dalam Keluarga

KES 1


Once a upon a time... di suatu maghrib yg suram, tgh2 org nak solat.. Arwah ayahku menerima seorang tetamu tak dikenali, sorang pemuda membonceng motorsikal mendakwa dirinya adalah kawan kepada abang iparku.  

"Pakcik...  menantu Pakcik,  RK eksiden kat pekan "Kashmir"... bla bla bla..
perlukan duit... "  

Angkara fakta2 yg bercanggahan dari situasi sebenar, arwah ayahku berjaya meloloskan dirinya  dari tertipu... alhamdulillah.
  


KES 2


Nenek pula nasibnya adalah sebaliknya..
Ketika berseorangan di rumah, beliau telah didatangi seorang pemuda mendakwa dirinya adalah saudara nenek yg tinggal nun jauh di sebuah negeri.  Kelicikkan pemuda tersebut memutar ayat berjaya membuatkan  nenek berasa simpati hingga tanpa sedar telah menyerahkan barang kemas serta sejumlah wang. Pemuda itu mendakwa, ibunya (yg kononnya sedara nenek) sdg on the way ke rumah nenek, tapi terhalang sbb kenderaannya rosak kat tgh jalan..perlukan duit.

Bila pemuda itu balik.. nenek bagai tersedar dari mimpi.. (mungkin juga nenek adalah mangsa pukau... sian nenek).


pix credit to Lite FM

Jadi puan2.. idea dari ibu kpd budak berusia 8 tahun yg hampir diculik ini mmg wajar untuk kita praktikkan.  CLICK PHOTO TO ENLARGE.   Password bukan je untuk alarm rumah, nak sign in belog, nak login FB atau sebagainya tapi untuk menghalang kes2 penipuan sebegini pun amat penting password dipraktikkan.


Aku pun ada gak amalkan sebelum ni sebenarnya bilamana IRP balik malam2 buta and  aku takut nak bukak pintu (takut org lain plak yg "assalamualaikum"... mana la tau kan.. haha).

"Assalamualaikum.  Bukak pintu.. I lah ni..".  suara IRP dari luar rumah memecah keheningan malam yg dingin mencengkam.

"Betul ke itu abang?.  Password?".  

"***********.... " hmmm betul la tu.. maksudnya mmg IRP... then baru aku berani nak bukak pintu.








2 comments:

  1. Salam kak mirror...aish berapa kali nak komen..asyik problem tenet..tataulah sebelum ni komen da masuk ke belum..kalau da maaf yerhehehehe...kak mirror apa kabar? hope kak mirror sihat selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Intan...
      Lamanya menyepi.. K. Mirror sihat. Tq sbb berusaha sedaya upaya nk komen kat sini walaupun tenet problem. :)

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...