Tuesday, April 22, 2014

Sesuatu Itu Walau Memenatkan Ia Tampak Enjoy Bila Kita BELOGkan

Wow!.   Skrg kerja2 membuang sampah menjadi lebih ekslusif dan anggun!. Walau di dalamnya sarat dgn "benda2 misteri".. dan aroma2 klasik, usah malu untuk menggayakannya bak pramugari menggalas bagasi, atau pelajar AF meninggalkan akademi.  Ya saudara saudari...



Sebenarnya.... dah lama pun dpt tong sampah beroda ni... (dlm lebih kurang 3 bulan ada kot?. Tak ingat la...sbb alih2 muncul depan gate). Saja baru hari ni post sebab nak lawan entry Cikgu Matsom. Hik hik..







masih lemah dlm ilmu "bokeh" photography...
tambah pulak, malu kalau2 jiran sebelah nampak..
nanti dia kata apa la pulak si Sam ni.. gmbr tong sampah pun nak diambik.



Membuang sampah dahulukalanya (time anak kecik2) adalah tugasan sukarela IRP.
(mungkin sbb kesian kot sbb tong sampah  kami mmg besar masa tu, apa taknya Pampers2 2 budak, mujur je  Si Ain dah besar time tu, tak pakai pampers lg.  Jadi ..naluri somi jatuh kesian dgn bininya yg kurus ini... t.kasih wahai somiku). 



Tapi hari demi hari, sifat2 ke"ISTERI"an muncul di dalam sanubariku..   Tambah pulak, aku makin PERKASA!!. Wah!.... maka tugas itu aku ambik alih dgn sukarelanya.   







motif entry :   kempen buang sampah sedunia.


Enjoy tak membuang sampah??.  Penat kan?.   Tapi kalau kita menjadikannya enjoy, ia akan jadi enjoy... sambil2 membuang sampah, berilah senyuman pada jiran2 yg lalu lalang.  Dapat gak pahala sedekah.   Nak pahala dgn lebih byk lagi.... sapukan pulak rumah jiran... hahaha.


p/s : Aku tak kisah membuang sampah, yg aku kisahkan ialah.... aku malas nak keluar dari rumah - Malas nak menyarung segala baju, shawl bagai.   Hehe...






8 comments:

  1. betul MM..kalau nak buang sampah kat luar kena menyarung segala bagai..last2 biarlah en somi sukarelawan pi buang sampah..bininya tukang ikat plastik2 sampah dalam rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dilema seorang wanita sebenarnya... kan Linda.

      Delete
  2. Balik kmpung , atau bercuti, bolehlh bwa bagasi tong tu.....bak kta cikgu mat som..nk belikn sorang satu kt anak2 dia...sumbat bju...tk yh lipat2..

    lps ni tk ada la anjing2 mengongong sampah...kn..bersih taman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah.... bersih sikit la taman guna tong yg ni Knor. Alhamdulillah.. bagus idea mereka.

      Delete
  3. Haha...buang sampah tak pakai tudung pun...lari laju laju je...lgpun habis semua mengekor nak ikut bila pakai tudung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..... I tak bleh lari laju2 camtu... silap aribulan, ada kang tong sampah tergolek.

      Delete
  4. Amboi.. nak buang sampah pun pakai shawl? Patutla bergaya cik sam ni.. kalau saya, pakai tudung segera je. Mmg ada sentiasa letakkan kat ruang tamu untuk dipakai bila nak buang sampah, ambil serai atau daun limau yang ditanam kakt luar.

    bagus ada tong besar gini. Orang yg kutip sampah tu bukan datang ikut masa juga. Kalau trlambat sehari mmg makin penuh, maklumla nazif pakai pampers lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah... sometime mmg prefer shawl....jenis wide shawl atau pashmina yg dah tak terpakai, dpd terbiar.. baik buat basahan utk buang sampah.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...