Monday, November 3, 2014

Makin Lama Kahwin... Makin Hambar...

Terbaca satu keratan yg berbunyi..
"Rumahtangga bila dah 15thn ke atas.. akan bertukar jadi hambar.. bla bla bla".  Lantas ai bincangkan dgn geng Joyah Sepot (wssp group).   Ini jawapan mereka :-


  1. Tukar perfume..
  2. Tukar posisi 18sx.
  3. Kembali dating.
  4. Second honeymoon.


Persoalannya, betul ke perkahwinan akan jadi hambar bila dah belasan tahun?.  

Sebenarnya masih banyak lagi keriangan2 yg boleh dikongsi bersama pasangan, contohnya meraikan kejayaan anak2, anak dipinang orang,  kita dapat cucu, kita gi haji bersama2.  Semua itu adalah kenikmatan2 yg Allah berikan utk tidak menghambarkan suasana perkahwinan itu.... jadi idak ler mendatar je, saban tahun asyik melalui benda yg sama je, asyik makan kat tempat yg sama je, asyik duduk hotel yg sama je....  Mak pun bosan Nyah kalau cenggitu.





Bagus jugak IRP berinisiatif utk bawak ai temani dia nyoping lately ni.. itu pun satu bentuk dating yg meriangkan, walau bosan yg amat, rasa ngantuk.. tunggu dia keluar masuk fitting room.... hehehe.  Opsss..



Menyebut tentang perfume...  jgn lupa ye,  Makcik kau ni, masih berjualan perfume lagi.  Kalau berminat bleh roger2...



Dating tak semestinya kat 5 star hotel, merayau2 ke rumah orang pun satu dating, asalkan ianya dilakukan hanya berdua.   Last week menjenguk ke rumah sorang nenek ni utk berSPA.   Berikut adalah kenangan di rumah/kampung beliau. 








So, korang plak cemana?.   Apa usaha2 yg dibuat utk menyahkan kehambaran perkahwinan itu?.  Tukar cadar tiap hari?.  Hehe..  Dipersilakan membuat perkongsian.  Sila sila..

8 comments:

  1. solat jemaah selalu, sarapan kt res mamak..

    mkn bersuap.. hihi.. suami mls nk mkn sndiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan bersuap tu yg mahal K.Nor... hehe..

      Delete
    2. Makan bersuap dapat time sakit je.... :(

      Delete
    3. Owhh... kena buat muka sakit la klu camtu Nafisa. K.Mirror plak klu malas nk basuh tgn.. atau somi tgh drive.

      Delete
  2. Tahun ke5 kitorang tahun ni MM. Hehe lepas ni rutin totally change la dgn ada nya adra ni. InsyaALLAH tu pun salah satu perubahan kan. Lagi lah time pantang ni nampak sgt apa yg xprnah nampak dia buat selama ni. Terharuuu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa bestnyaaa. Tahniah Hany. Sedap nama tu.. Adra. Alhamdulillah. Kehadiran cahayamata sudah semestinya 1 anugerah dr Allah utk memeriahkn lg perkahwinan.

      Delete
  3. kongsi satu cawan minum air...suap-suap, lapkan mulut, jalan pimpin tangan...pastu selalu kata i love u, i miss u...bahahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suriya - Amboii.. Sweetnyaa.
      Mmg perlu dicontohi oleh semua.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.