Tuesday, December 30, 2014

Jangan Panic! Mak Doraemon datang!

Alkisah tadi, waktu kesibukan memasak...   tetiba terdengar Shashal menangis2 di tingkat atas..
dari tangisannya membayangkan macam orang bersalah..  (oh ye mummy2 semua..
kita ibu2 ni kena tahu membezakan jenis2 tangisan anak.   Tujuan skill tu supaya mempermudahkan tindakan.  Kalau tangisan cemas, cepat2 bertindak... kalau tangisan ala manja2 je...  baik kita buat keja lain.

3, 4 minit berlalu, tangisan Shashal  masih berpanjangan, diselangseli riuh rendah Ain dan Qistina.   Hissh bingit seisi alam, tapi ai tetap concentrate dgn tomyam tenggiri yang ai siapkan.

"Ambik wayar..... ambik wayar...".   Kedengaran suara Ain mengarahkan adik2nya.

"Apa yang bising sangat tu??!!.   Jangan buli adik boleh tak?".   Mama mula menjadi tarzan.




Jaga2  Mak Doreamon dah datang dah tu!!

"Ma, Ain dah terkunci kat luar...  (balkoni), kuncinya pulak patah".   Balas Qistina.    Rupa2nya Shashal punya angkara.   Haishh macam2.    Bikin mama stress je.

Usai memasak, ai pun naik ke atas dengan wajah menyingga.  Tak tau sapa yang hendak ai marahi. Hahaha..   Di atas lantai ai nampak sebatang kunci yg telah terpatah dua.  Entah apa yg telah mereka lakukan??!.  

Ain masih tenang di luar balkoni,  Qistina pula sibuk mengambil gam kanji  dan Shashal masih menangis.

"Gam ni mana boleh!".   Langsung tak bernas idea Qistina tu.  Next idea please.. 

"Rasa macam nak panjat turun je Ma...".  Kata Ain.  Hmmm... pun tak bernas idea Ain tu.     Bukan rendah pun.

Ai pun memunggut serpihan2 kunci dari atas lantai...  masukkan serpihan pertama, disusuli serpihan kedua.  Grill pun terbuka dengan jayanya.    Menjerit semua anak2 ai macam nak nangis memeluk ai... tak sangka pulak, begitus sekali dorang punya nervous sampai nangis2 happy  macam la Mama berjaya mengeliling dunia je lagaknya, siap peluk cium bagai..   Haha...

"Heee Mama pandai!!!".   Jerit mereka serentak.









2 comments:

  1. bca n3 ni mcm biasa je suasana gini... hihi
    kita jdi tarzan sokmo le...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...