Friday, May 1, 2015

Blogger Kena Jadi "Professor Google"..

Wahai Pak Google...
kalaulah semua soalan assignment tu ko pandai jawab... kan senang keja aku ni.
Taip2... keluar.... taip2 keluar... pastu copy paste.   Kan senang!!
Tak yah le Makcik ni bersengkang mata sampai ke pagi hingga  hampir2 nak mem"menantutirikan"
belog kesayangan Makcik ni... hingga Makcik terkeluar jerawat.



Takpe... takpe...
jangan dipersalahkan Pak Google yg tak bersalah..  Beliau pun banyak keja.
Kita kena muhasabah diri, harus ada cita2 menjadi  "Professor Google" untuk menyumbang sesuatu kepada penduduk dunia.  Itulah peranan blogger sebenarnya.



Apa itu BIMBO, apa itu GST??.
Itu semua peranan kita untuk menerangkan.
Jgn terus mendabik dada mengatakan seseorang itu bunga dedap..
hanya kerana satu dua benda je mereka tak tau.
tapi kita tak membantu mereka untuk menjadi bunga ros.

Ni tidak, sebaliknya  buat entry  tergedik sana tergedik sini...
tak menyumbang ilmu (eh aku ke tu??.   tak tak.. bukan kita2 ye).





Tapi.. cantik jugak bunga dlm pasu ni kan?.




lokasi :   Perth




Nasi Hujan Panas -   Nasib baik mlm tadi masak banyak, takyah buat breakfast arini.  Ni la akibatnya bila dah terlampau busy.









5 comments:

  1. :-)) pak google pun kadang tak tahu juga...huhu

    ReplyDelete
  2. Haha.. sama macam apa yang pegawai KPM yang cerap saya hari tu cakap.. dia suruh saya bg latihan yang ada KBAT banyak2 pada murid. Cadangan dia ialah suruh murid buat carian di internet untuk jawapan. Saya pun jawab.. setahu saya tak banyak maklumat di internet kalau isu yang kita bincang ni puan.. blogger malaysia ni banyak cerita hal melancong, masakan atau hal anak2.. dia pun angguk..

    Haha.. betul kan? Tapi bila balik tu saya terfikir yang cadangan pegawai tu sebenarnya ada betulnya. Nak menuju negara maju, murid kita kena mudah capai maklumat kan?

    Tapi cabaran jugalah pada blogger ni nak menulis sesuatu yang boleh jadi rujukan ramai..kan?
    Buat Kak Mirror tu..rajin2 tambahkan entry yang boleh jadi sumber rujukan murid2 ya..

    ReplyDelete
  3. mmg sgt betul...bkn blogger jer...anak2 pun semua jadi prof pak goggle..
    masing2 sibuk dgn kerja sekolah.asigment....klu dh semua berIT..jadi siput vavilah plk..line...

    ReplyDelete
  4. ANYWAY PANDAI MSK NASI HUJAN PANASSS TU...
    SEJUKLAH TU KAT SANA...HIHI

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.