Istilah "sedih" tu memang wajarnya pun kubuang jauh...
dan aku tidak selayaknya untuk disimpati ( hanya kerana terpaksa menyambut
ramadhan kat sini)....
Sebab semua itu bagaikan aku kufur nikmat pula nanti...
kerana keriangan lain telah banyak Allah dampar2kan...
Kedukaan lain juga telah banyak Allah singkir2kan...
Mengenali teman2 seperjuangan dari pelbagai negara...
Korea, Taiwan, India, Mauritius, Burma, Somalia, Zambia dan Australia
as well.. Adalah juga satu2nya hadiah
berharga dari Tuhan.
Malam ni dorang ada jamuan. So kitorang pun "main masak2" lagi.
Hari ni aku diarahkan untuk memasak kuah satay.
Bersinar2 muka kengkawan aku tu memberi seluruh
kepercayaan dan pengharapan
yg tinggi kepada aku ni hanya kerana aku ni Malaysian, Malaysia terkenal dgn satay2nya
yg sedap dan mantop dorang kata!.
OMG!!. Takutnyaaa!!. Terpikir aku... kalau tak sedap cemanalah...
Aku plak buat2 muka konfident je padahal buat pun setahun sekali bila tolong
mak mentua masak di pagi raya.... hahaha...
Sib baik la cuma kuah dia je... the satay is ready!.
Bukan senang sebenarnya nak dapatkan semua ingredients tu kat sini..
sib baik ada rahsianya....(rahsia subtitute)... pssttt rahsia kita2 tau... ;) (hek eleh kannn...)
Sorry untuk yang berpuasa, bukan niat untuk menterliurkan...
Well, bagi perantau2 boleh la salin resepi kuah satay Kak Mirror ni ye... bagi penduduk tanahair yang senang nak dapatkan bahan.. korang maintain je dgn resepi Malaysia yg lagi menyengat tu!.
Tapi kawan2 aku kat sini dah suka dah dgn resepi ni sebab tak berapa pedas.
Kuah Satay Aussie Style - Kak Mirror
Beli kacang yang dah dibuang kulit - anggaran dlm 3 cawan.
1/2 bawang besar dicincang halus
3 biji bawang putih dicincang halus
serbuk Hot Indian Curry
serbuk kunyit - pinch (tak bubuh pun takpe)
serbuk cili - pinch
brown sugar - 1/2 cawan
salt - pinch
chicken stok - dlm 1 sudu
santan - sekotak.
Cara
1). Goreng kacang dgn minyak sikit hingga brown.
2). Toskan kacang. Blend kasar2.
3). Sediakan periuk lain, masukkan sedikit minyak.
4). Tumiskan bwg2 di atas hingga kekuningan.
5). Masukkan Hot Indian Curry (yg dicampur sedikit air) ke dlm bahan tumisan,
6). Kacau2. Masukkan pula kacang kisar tadi.
7). Masukkan santan.
8). Tambahkan air. (Kak Mirror bubuh banyak air ). Masukkan gula. Salt dan chicken stok.
9). Teruskan mengacau hingga kuah mendidih dan pekat. Jgn rentung sudah!.
10). Bila air dah makin mengurang dan kuah memekat, boleh la diangkat untuk dihidang.
11). Kak Mirror bubuh serbuk cili last sekali. Tabur2 and gaul sebati. Jgn bubuh byk sgt sbb serbuk cili memang pedas giler!. Mat Saleh tak suka pedas.
resepi sam maxam lagi mudah..tak payah jintan or ketumbar..yan yang tak merantau nie pun inginnak cuba :-))
ReplyDeleteTp Hot Indian curry tu x pasti la ada terjual kat M'sia atau tak Yan?.
DeleteTahniah sam.. macam2 boleh buat dengan kerajinan yang ada ya.. lawa platingnya tu.. nampak menyelerakan betul sate ni..
ReplyDeleteWalaupun jauh makanan Malaysia tetap menjadi Pujaan hati..
ReplyDelete