Monday, June 15, 2015

Kuih Raya 2015 - part II (resepi)

Assalamualaikum and haii...

Tak de apa ingin diperkatakan hari ni, sekadar  muncul untuk mengabadikan satu resepi kuih raya.  Seakan florentine tapi bukan florentine..  bepang kuaci pun bukan tapi my kids memang suka.









Almond Cheese Crispy

2 sudu besar butter
1 cawan gula kastor (kalau boleh kurangkan sbb ni pun dah manis sgt).
1 biji telur (ambil yg putih shj)
1 cawan tepung naik sendiri
badam cincang (ikut keperluan)
cheese parut (ikut keperluan)
secubit garam


Cara

1).  Pukul butter dan gula hingga memutih. Pakai hand whisk je.
2).  Masukkan telur putih.
3).  Ayakkan tepung ke dlm adunan.
4).  Masukkan secubit garam. Pukul sebati kesemuanya.
5).  Masukkan cheese parut.
6).  Gaul lagi hingga sebati.
7).  Last.. masukkan vanilla esen secoet.
8). Sediakan kertas minyak di atas dulang pembakar.
9).  Ratakan adunan ke dalamnya.   Buat nipis2 biar ranggup.  Lagi nipis lg bagus.
10).Hiasi dgn badam cincang dan parutan cheese.
11). Bakar pada suhu 170 C -  20 minit atau sehingga kekuningan.
12). Potong 4 segi ketika masih panas menggunakan pemotong pizza atau sebaiknya guna pemotong
khas biar sama rata barulah cantik dan ramai yg nak jadikan menantu nanti!
13). Tunggu hingga sejuk baru leraikan dari kertas minyak.


Nota :  Bakar biar sampai kekuningan, kalau tak ia akan peroi dan tak crunchy.






2 comments:

  1. Nmpk sng tu..blehlh kita bt...
    yg simple semptlh....

    raya di sana ke MM?

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...