Monday, July 13, 2015

Pencarian Kasut Raya 2015

Assalamualaikum and morning!!!

Dah beli kasut raya dah uolllsss??!.  Ai blom lagi.     Dah 3, 4 buah shopping complex dah masuk... Tp tak jumpa2.  Dasyat tak??.  Bajet Diva kan?


3 things that I am thinking and considering :-


1).  High heel...
2).  Tertutup.. (maksudnya takyah berstokin).
3). Blink2!!






Warna idaman... putih...  tapi tak jumpa2.  Kaler itam je banyak.
Ni dekat Pasaraya Carousal.



Ni plak masa ptg2  tunggu berbuka kat City Beach nun kat tgh2 bandar.



OK la... itu je nak update.  Busy la kita.
Tp nak "kopi pasta"  mimbar pagi kawan ai bagi ni....




السلام  عليكم
Mimbar Pagi~

Dari Abu Said Al-Kudri r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)":

"Kalau orang yang beriman itu telah bebas dari neraka, mereka ditahan pada jambatan antara syurga dan neraka, lalu orang saling membalas penganiayaan antara sesama mereka waktu di dunia.
Setelah mereka dibersihkan dan disucikan, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Allah yang diri Muhammad di tangan-Nya, orang lebih tahu tempatnya di syurga daripada (berbanding) tempatnya di dunia.”

[Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari :1167]

Keterangan:
Hadis ini menerangkan bahawa segala bentuk penganiyaan dan kezaliman terhadap semua makhluk Allah akan dibalas sehinggakan sekecil-kecil zarah. Berbuat baiklah sesama makhluk supaya tidak akan dituntut di akhirat kelak. Andaikata kita menyedari bahawa kita pernah menzalimi seseorang mintalah maaf dan bertaubatlah kepada Allah SWT........Wallahu'Alam.

2 comments:

  1. asalamualaikum...sam...selamat hari raya ..maaf ye kalau ada komen atau penulisan yan yang buat sam kecil hati...

    yan dah jumpa sandal raya :-))... kat oversea kasutnya ter

    ReplyDelete
  2. besh nya beli kasut raya... saya tak beli lagi...tak jumpa yang pekenan.. nak tinggi..tapi tak tinggi sangat..nak tetutup jugak.. nak kaler grey...;p

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...