Friday, November 27, 2015

Masih Ada Yang Sayang....

Assalamualaikum gurlzz!!.


Hidup ini tempat ujian semata2.  Untuk yg kuat akan mendapat ganjaran hasil dari rasa redha.   Bagi yg tidak redha maka sia-sialah sahaja segala ujian yg diberi.... kerana setiap ujian pasti berkehendakkan kesabaran, tiap kesabaran pasti ada ganjaran yg hebat.



tu ler.. ai cakap u tak caya..  ai kat sini "menoreh" tau..





Jangan pernah sekali-kali mempersoalkan apa yg telah Allah tetapkan untuk kita.   Boleh jadi sesuatu yg kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yg memberi keuntungan di kemudian hari.   Semuanya ada hikmah.




We can't change the past  to rewrite a better beginning......  but we can work for the future and strive for a better ending.   Endingnya bukan setakat kat dunia je.....  kat akhirat tu la ending kita.   Setakat sorang dua yang membenci... jangan jadikan alasan untuk berduka.    Dunia ini luas.. penduduknya berjuta.   Masih ramai yg ikhlas memerlukan kita.   Kita pun bukan perfect sangat untuk disanjung2.


pix tiada kena mengena dgn entry..
sekadar nak ucap thank u pada 
Tourism Malaysia bg t.shirt percuma ni..  (terjumpa dorang kat international food exhibition)


dan tq kpd teman dari Indonesia
yg bg ole2 Mekah
(pix tiada kena mengena dgn entry)



Selalu bersangka baik pada Allah.  Allah sayangkan kita.   Dia nak kita "pergi" dalam keadaan bersih..  bebas dosa.  Maka diturunkan ujian2 itu untuk menjadikan kita sabar dan beroleh ganjaran.

tiada istilah "mulut jahat, hati baik"..
Perah limau.. Tak akan keluar jus epal..


Kuatkan keyakinan bahawa pada hari kiamat kelak akan berlaku hukum balasan yg setimpal ataupun qishash. Pada hari itu berdirilah semua hamba-Nya di depan mahkamah Allah yg adil Dan tertulis di pintunya bahawa..

"Pada hari ini tiap2 jiwa akan diberikan balasan setimpal dgn apa yg pernah dilakukan.  Tidak ada yg akan dirugikan bagi org2 yg bersabar.  Sesungguhnya Allah sgt cepat hisabnya."

Sekian.  Selamat Bersabar Duhai Hati.










7 comments:

  1. belajar jadi lebih sabar walaupun kadangkala terkucil juga panas hati tu..huhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la Yan...
      Kita hanya manusia.. Maunya tak terkucil... sekali sekala

      Delete
  2. Nampak mcm ada sesuatu dh berlaku yang menguji sam ya.. moga Allah permudahkan urusan sam kat sana ya.. kita doakan yang baik2, moga akhirnya baik2 je.. insyaAllah ramai yang sayang tu.. rahmat-Nya sentiasa ada bagi umat-Nya yang dikasihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Tq Aisy....
      Alhamdullilah... I dah OK.
      Masalah2 tu hanya ibarat angin yg bertiup sekali lalu..

      Delete
  3. Takpe kak. Allah uji tanda sayang. Allah uji tanda Allah ingat kita kan? Moga kita semua dikurniakan kekuatan nak hadapi semuanya ye :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.