Monday, December 28, 2015

Bicara Tentang Anak Lelaki

Ada yg tanya.. "Sam belum dapat hero lagi ke?."

Ada..Yunk. Shashal tu la satu2nya. Napa?. Nickname terkurang macho ea?.    Haha... takpe.. next year kita tukar nama "Shashal" tu dgn nama yg lebih gagah ye.  Nama tu diambil time dia pelat2 tak reti nak sebut dgn jelas.


Since beliau ni anak bongsu... aku selalu menganggapnya sbg "budak kecik" (memang kecik lg pun... kan?. Baru 10 thn).   Sebab tu bila dia ajak jenjalan berdua kat tempat yg aku blom biasa.. kat Aussie ni... aku mcm meng"underestimate"kan dia.  Haha.. (maafkan mama syg).

"Mama takut la kalau sesat... Ain dah la tak nak ikut".

"Saya kan adaaa...".  Dgn muka kesal.

Ternyata telahanku tersasar.  Aritu kitorang pegi Morley berdua dan Shashal byk membantu.   Alhamdulillah dia ada "photographic memory".

OK... pasni Mama percaya dgn Shashal..k.  Kita dah boleh round de world berdua.







Pix atas :   Sekitar Morley.

Moga2 Shashal jadi anak yg Soleh... sebagaimana doa ibu mertuaku...

"Abg (Irp)  jaga emak dgn baik,  nanti Shashal akan jaga Sam (idak ler beliau panggil aku Sam) dgn baik juga... inshallah".

Begitulah kisahku dan anak lelaki.  Tengah doa2 ni moga dapat menantu lelaki plak... haha... Sammm... Samm.  Teringin untuk mengisi sisa2 hidup ini dgn keceriaan suara anak/menantu lelaki.. sambil menghirup kopi panas di kala breakfast.  



 Makaroni kegemaran Shashal.



Keledek Aussie ~ pengubat rindu kg halaman.


"Ma...  I  think... I am gonna speak in English even in Malazia.. ".  Kata Shashal mlm tadi... entah mimpi apa.

Sukati ko la Shal...  as long kau tak lupa asal usul. Mama pun dah ajar ko BM sejak dlm kandungan.. "Tak akan Melayu hilang di dunia."




7 comments:

  1. Shashal wali kuat utk kakak-kakaknya tu. Sebab itu dari kecik dah nampak talent yg mama baru sedar. So mama jgn risau sesat - hero Sam tu jenis yg alert dan cepat ingat. Mama memang selalu nampak anak bongsu macam kecik aje..

    ReplyDelete
  2. sedap makan makaroni tu. Lapar pula tengok.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kita akan nampak anak-anak kita kecik je sampai bila-bila pun. Tapi pada waktu kita perlukan mereka, masa kita tak sihat ke atau ada masalah ke, dan dan tu gak mereka jadi 'orang besar' ha ha. Insyaallah, anak-anak kita jadi anak soleh solehah, di Malaizii ke atau di mana jua berada. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... inshaallah. Tq Che Mid.

      Betul ckp Che Mid .. Dan dan dorang bertukar "jadi besar" pulak bila kita sakit pening.

      Delete
  4. samalah yan..yan pun ada sorang je anak lelaki....harapan keluarga..penyambung waris ayahnya

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...