Thursday, December 31, 2015

Sedih Hiba Angkara Anak


Assalamualaikum and morning all!.

Terbaca kisah Dania anak si Abby yg nangis2 sedih homesick tinggal kat hostel.  Teringat pulak kisah sendiri. Tapi bukan epilog aku dan Tijb.. yg tu dah penat aku nak ulang crita.  Aku nak bawakan versi seorang ibu ketika anak 
jauh kat asrama.

Terima kasih Ya Allah.. kau telah beri aku pengalaman itu dan aku berjaya laluinya.

Seawal usia 13 tahun Ain dapat tawaran ke asrama.  Berbekalkan pencapaiannya dlm pelajaran agama dpt la sebuah sekolah berasrama penuh agama di selatan tanahair.  Sebab konon2 besar nak jadi Ustazah.


Dia nampak begitu ceria ketika itu.  Aku pulak yg menahan sebak tika saat terakhir meninggalkannya.

Sob sob sob... dlm keta aku pandang IRP.. IRP pandang aku.  Hilai tawa yg selalu menggamatkan kereta tiada lagi.  Sementelah pula.. Ain kan very talkative.

Senja berlabuh menambah gundah. Tambah lagi Shashal yg belum mengenal apa2 ketika itu asyik menjerit memanggil kakaknya utk makan di tingkat bawah ketika makanan terhidang... sebab kerusi meja bundar yg sekadar 5 itu kosong sebijik.

Minggu orientasi pulak berlangsung 2 minggu.. Dan selama tempoh itu student tak dibenar menghubungi keluarga.  Penyeksaan yg amatt kurasakan.. hanya Allah je yg tahu.

Akhirnya hari yg ditunggu pun tiba.  Dpt la aku menjenguk Ain.  Rupa2nya.. Ain pun sedih terutama saat membasuh baju... dia kata teringat Mama.  (sebab kat Rumah selalu mama yg buat semua tu).  Ya la.. kan kecik lg.. baru 13thn aku lahirkan.

Langit tidak selalu mendung... sebulan pastu Ain dapat tawaran asrama lain.. yg dekat dgn family.   Habis kat situ tros sambung kat Aussie ni ler.  Maka dpt la kami bersatu semula di bawah 1 bumbung.



Alhamdulillah.. 5 tahun sudah berlalu..  sesungguhnya guyss.. Allah mendatangkan sedih itu dgn pakej... yes pakej.. maksudnya bila ada sedih.. ada la happy di hujungnya.  Maka... bertahanlah sapa2 yg ada pengalaman mcm aku ni.    Alhamdulillah.. semalam result Ain dah keluar (kalau kat Msia ala2 SPM).. and she got flying colour.   Mohon doa dari semua.. moga Ain terus cemerlang.  Tq.







12 comments:

  1. Alhamdulillah... kakak nak congrat buat Ain dulu dan the parents as well.

    Kakak dulu pun sama anak sulung masuk asrama luruh, kedua pun sama kini anak ketiga/bongsu pulak 2hb ini dah kena daftar. Semua juga masuk asrama ketika usia 13 tahun. Mana tak sebak tapi kena cekal hati juga kan Sam. Masa makan dan duduk-duduk itulah paling terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Kak Zakie.. doakan Ain terus sukses ye.

      Congrats juga utk Kak Zakie sbb jadi ibu yg tabah dan utk ank as well sbb masuk asrama. Itu la kan.. demi kejayaan dorang, kita cekalkan hati.

      Delete
  2. Teringin tengok gambar ain.. tentu dah jadi gadis yang sgt yakin diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... ha'ah Che Mid.. dah kerap no berdikari, dah besar ni dia jadi tersangat yakin diri (over confident)... kdg abah dia pulak yg risau.

      Delete
  3. Semua mak2 ginilh feeling nye. Kn.
    Tahniah bt ain......berterusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak Nor.

      Betul tu Kak Nor.. serasa separuh nyawa pergi bila berjauhan dgn anak.

      Delete
  4. Tahniah buat Ain. Semoga berjaya lagi untuk tahun-tahun mendatang.

    ReplyDelete
  5. moga ain terus berjaya dunia dan akhirat..amin

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru 2016 Sam..
    Semoga Ain terus cemerlang..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...