"Lecturer aku gi UK dilayan seperti "Abang B". Penduduk sana pandang kita ni macam kita pandang B kat Malaysia walau dia seorang Profesional. Kau kat sana mcm mana Sam?". Tanya kawan aku itu ari.
Abang B dlm ayat di atas ialah "sedara kita yg 1.5 juta" tu la... faham tak?. Hihi..
Firstly.... takziah buat Lecturer kawan aku tu. Mudah-mudahan tidak la berjangkit nasibnya pada aku... haha. Sian.... dah la aku ni membesarkan anak.
Lagi pun selama ku hidup kat Malaysia tidak la pula ku "pandang hina" pendatang asing. Jadi begitulah ku harap penduduk sini menerima aku seadanya spt skg.
Tidak dinafikan islamophobia tu tetap ada... even seakrab mana pun dlm kelas, dlm fb mereka adakala memapar beberapa video tentang "terrorist" dsbnya. Tapi kita jgn melatah... Itu hak mereka. Tugas kita hanyalah menunjukkan contoh dan perilaku yg baik.
Tak mau di pandang spt Abg B...
Kena la jaga penampilan. IRP rajin "mendeko" anak bujangnya (belikan perfume bagai), sebab semua tu adalah imej diri. Sementelah mereka pula bersekolah di sebuah sekolah yang menyatukan seluruh pelusuk dunia, pelbagai kerenah manusia yg akan kita temui. Ada yg berkasta2, memandang tinggi yg berpenampilan kemas, mengkawantiri yg berpakaian selekeh.
Aneh kan?. Tapi itulah reality.
motif entry : Supaya korang tak dengar cerita yg indah2 sahaja.
Setiap yang indah pasti ada yg sukarnya kan..walaupun sukar, miga Allah permudahkan
ReplyDeleteYa AA.. sebab kita masih kat dunia.. bukannya kat Syurga.
DeleteRasa nak duduk sebelah je he he.. eh ke tunggu abang B datang ha ha
ReplyDeleteHahaha... meh lepak2 bwh pokok.. kat sini jarang terjumpa Abg B.
Delete