Thursday, February 4, 2016

Cara-cara Ngeteh Ala Western

"Ma...   mana boleh pegi ke restoran yg sama tiap kali "gantung periuk",   kena tukar2 tempat, kalau tak org kedai dah kenal muka kita,  nanti dia ingat kita tak masak .".  


Heeeeee!.   You see.. pemikiran anak aku ni..  tak western langsung!!.   Pedulik la org ingat tak masak pun.. yg penting seawal  7 pagi aku dah kelentang kelentung kat dapur hokay!.


Aku suka kedai tu hanya 1 sebab je... sebab jual ABC... atau dorang panggil "es campur".   Lagi2 time musim panas berdentum aritu.


Justeru itu.... lemah gemalai jiwaku bila dorang ajak mkn tempat lain.   Lagi2 restoran Arab..  bukan apa, sebab dorang cuma jual teh Arab.  Kalau ada pun minuman sejuk... jenis dlm botol.


Tapi kalau western2 restaurant,  aku masih ada pilihan jugak.  Frappé.  Frappé ni kan sorbet..  so ada la iras2 ABC sikit walau ropa dia jauh panggang dari api.


Kalau bukan frappé..  kopi ais pun boleh.  
Kalau kedai tu tak jual pun... selalunya aku suruh dia ada2kan.. haha.  Ngada2 punya customer!!.  Bagitau je berapa sukatan gula, kopi and so on..




Ini la hasilnya...  alamak ai kuat sgt la kopi dia.  Lepas minum tu sakit kepala sepanjang hari. Haha.. padan muka kau Sam.





Perfect frappé dari restoran tersohor masa kat Sydney tu ari.



Ini pulak frappé yg ku buli Mat Saleh (cafe area2 tempat keja aku)  buatkan ikut resepi aku.    Terkejut dia bila aku cakap aku nak 3 sudu gula.  Nak buat guane Mat... aku perlukan tenaga tau keja.   Kalau ikutkan pun aku ni jenis pendiet kafien.. tapi sampai sini semua larung utk hilangkan ngantuk.   Cemana nak awet muda kalau gini gaya?.

4 comments:

  1. Sedap nampak. Memang kalau tak boleh dengan kopi banyak boleh buat kepala sakit juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manggis - Ha'ah... tapi cuma 1 Kedai tu je yg bila sy minum buat saya sakit kepala, lain2 kedai alhamdulillah.. perfect.

      Delete
  2. Kakak senyum tau Sam baca N3 ini
    Kakak tahu masa sedut straw itu pun Sam mesti terkenang tanahair kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahkak!. Pandai la Akak baca fikiran saya. Speechless.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...