Tuesday, September 13, 2016

Kemeriahan Aidil Adha Di Perth

Assalamualaikum...

Kalau raya Syawal, aku lebih memilih untuk beraya di tanahair sendiri kerana di sana raya sebulan, tradisi kunjung mengunjung, marhaban, lampu pelita!.  Warna warni aidilfitri!.  

Tapi untuk aidil adha.. aku lebih suka menyambutnya kat sini.. sebab sambutan aidil adha kat Aussie ni sgt meriah.. potluck di sana sini,  hanya tinggal pilih je port mana kita nak join.

Karnival2 Eid pulak masih berlangsung walau sudah seminggu raya.  Sediakan jelah duit untuk beli juadah2 raya antarabangsa.



Mlm raya hari tu, aku masak lemang, rendang daging & sambal kacang.  

Aku tau.. ada je lemang segera kat pasaran yg tinggal rebus  tapi nak buat guane aku dah dirasuk roh2 rajin skg ni angkara nak menghidupkan feel raya utk anak2.  Jgn ditanya kat mana aku dapat buluh?.   Aluminium foil kan ada.  Yg penting terlajak larizz!.




Perkumpulan kali ni sporting berbanding raya syawal 2 thn lepas (ingat tak yg aku kena marah dgn non sunni sbb ambik pix berlatar belakangkan dorang?). 

Oh kali ni non2 sunni tak de.. dorang kat mesjid yg 1 lg... so senang la sikit aku nak menjalankan aktivity "mental" aku ni tanpa rasa bersalah.  Haha..  Maka inilah hasilnya.






Anda pula bagaimana?.  Aku tahu setiap negeri di Malaysia berbeza kemeriahannya. Mcm aku yg asal dari Johor ni.. Aidil Adha di sana tak byk beza sgt dgn hari2 lain.. kdg pagi raya berkain batik dan tak ke mana2.



6 comments:

  1. ooo org Johor ke..
    sama lah sekapai kita..
    raya tahun ni akak tak dapat raya sama keluarga besar..
    so tu yg masak2 sendiri makan sendiri. ok lah tu kan.


    anyway, i tak sure i dah follow u here or not.
    sekarang ni pelik sikit blog kita ni kan.
    followers tak nampak rupa lah, nak comment kengkadang rejected..
    kalau dah follow ok lah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelik sikit.. awal taun lepas blogger2 kehilangan ramai follower ekoran undang2 baru. Saya pasrah je.. πŸ˜ƒπŸ˜ƒ.. tetap meneruskan penulisan.

      Delete
  2. seronok biler dapat beraya reramai macam ni..saya suka.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Aty...
      Walau tak mengenali secara rapat sesama mereka, dpt berkongsi2 makanan dari pelbagai negara.. terasa indah silaturrahim.

      Delete
  3. Duduk di perantaunan kalau kreatif tak ada buluh pun boleh aje nak makan lemang:) Gigih..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...