Thursday, November 3, 2016

Donut Tanpa Butter

Bagi  yang telah memfollow belog ni sekian lama tentu tahu kan yg ai ni ada 1 tabiat suka mengumpul resepi donut.

Kadang2... akibat dah banyak sgt yg dikumpul sampai dah tak ingat resepi mana paling disukai anak2 and end up dengan komen juri2 tak berbayar yg bunyinya begini...

Anak 1  : "Yang mula2 Mama buat dulu lagi sedap dari yg ni...".

Anak 2  : "Yang ni sedap.... tapi yg aritu lagiii sedap.".

Anak 3  : "Emmmm  sedapnyaaa.  Bersyukur saya ada ibu macam Mama." 😃😃😃.


Tak konsisten rupa2nya Mama buat.  Haha.... So lepas ni kena   setia pada yg satulah!.  Mama rasa resepi pagi ni Mama puas ati... walau tanpa butter.  So kena bookmark!.


Bhn A
250 gram tepung gandum.
1 biji kuning telur
2 sb gula (1 tersalah bubuh 1 sb je td tp tu pun dah manis).
2 sb minyak masak.

Bubuh sumenya dlm mangkuk besar.  Sebatikan.

Bhn B
Sediakan secawan (ai guna cwn penyukat) air suam + 2 sb susu tepung + 2  st yis kering).


Satukan A dan B..





Uli hingga tak melekit di tgn.  Uli dan uli....sampai boring!. (Sampai adunan tu lembut).    Dah elok bulat.. tutup bekas. Biarkan 1 jam hingga kembang.





Malas nak tutup dgn kain bagai.. tutup je dgn penutup mangkuk ni.



Bila dah kembang... lebih kurang 1 jam.
Tumbuk2 then roll.. cetak.  Goreng deep frying.  Api sederhana.




Then angkat & golekkan atas gula castor atau icing.



Ternyata gebu





Resepi credit to this blog.

2 comments:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...