Tuesday, December 13, 2016

Sambutan Anniversary Ke 19

Alhamdulillah...
Setelah banyak pahit maung, suka duka, onak duri dilalui... akhirnya kini genap 19 thn usia perkahwinan aku dan suami.



Moga apa yg bakal kutulis bukan setakat kata2 penghargaan dari aku untuknya tapi sebagai azimat untuk adik2 di luar sana yg baru melangkah ke alam rumahtangga.  Dunia perkahwinan itu menuntut banyak kesabaran... dan bila kita sabar, ada sesuatu yg istimewa ALLAH sediakan di hadapan. Percayalah.... (inshaallah).


Thank hubby di atas anniversarry gift itu.
Aku dah cakap... tak payah beli "hadiah besar" tu... tapi dia berkeras juga nak belikan.  Aku cakap.. aku dah bersyukur dgn apa yg ada..  tapi dia marah2 nak beli jugak.  So, aku pasrah..

  (Mcm poyo plak statement I ni kan?.  Haha).


Tapi ia adalah fakta.   Bila kita dah lama hidup dgn dia... Allah akan turunkan perasaan "simpati" secara tak semena2.  Kita tahu dia bukan lagi muda untuk terus bekerja keras.  Nak terkejar ke sana sini. So aku tak nak dia terbeban.   Dia tak tau agaknya wife dia ni walau nampak ala2 high maintenance... ahakz tapi... fleksible (boleh dilentur2 ikut kesesuaian poket suami).   Mak adalah idolaku...  Mak menerima ayahku seadanya tanpa banyak songeh.. setia dan menjaga ayah hingga hembus nafas terakhir.   Aku ingin mewarisi semua itu walau tak 100%.




Kad ni dah berusia 20thn... dari dia untuk aku. 


Entry ini kutulis dgn menyertakan perkataan "pahit maung" kat intro tu supaya tak la nampak fantasi dan poyo pulak penulisan ini.  Idak ler macam aku nak puji somi sgt.  Tak koserlah!.

 Itulah reality sebuah perkahwinan... ada suka...ada duka.  Aku tak sempurna.. dan begitu juga dia.. sebab kita hanya manusia.  By the way..  semuanya itu Allah turunkan beserta dgn hikmah.. dan skg aku dah nampak setiap hikmah2 itu.

Sekian.


10 comments:

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 19, moga rumahtangga kalian sentiasa dirahmatiNya, aamiin.

    Akak setuju sgt2, semakin lama kita berkahwin, dah kenal hati budi si dia, semakin ada perasaan simpati & empati di hati seorang isteri, susah bangun tetap bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Umi jadi blogger pertama wish. Hihi.. Aamiin..
      Moga begitu juga utk kehidupan Kak Umi.

      Delete
  2. Happy Anniversary...Semoga rumahtangga yang dibina akan lebih bahagia selamanya...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. syabas atas ulang tahun ke 19 perkahwinan. semoga ke jannah bersama sama suami ya

    ReplyDelete
  4. Wah.. dah 19 tahun gtu.. selamat ulang tahun buat Kak Sam dan suami.. moga korang kekal ceria, bahagia dan bersama sehingga ke jannah.. tahniah dapat kekalkan persefahaman sehingga ke sekarang. Saya rasa paling susah tu.. kata pasangan sehari sejiwa tapi sebenarnya payah nak capai dlm realiti kehidupan seharian..

    Dapat hadiah besar apa tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih Aisy... ☺. Aamiin Ya Robbal Alamin.. moga rumahtangga kita semua berbahagia till Jannah.

      Hadiah?. Hihihi... tak boleh cakap kat sini... malulah saya... haha.

      Delete
  5. Happy Anniversary Sam...semoga bahagia ke jannah...

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...