Monday, December 26, 2016

Suami Mana Tak Sayang Isteri??!

Throwback this delish rice from Miss Mirror's Kitchen!!.   Nasi Mirror in the house!

 Sebab sedap sangat ai masak (ohh masuk bakul)    so ai nak sharelah resepi kat sini.   Moga2 bermanfaat.  Sambil2 tu uollz dengarlah ai berceloteh ye  tentang kehidupan..  sebab kadang ada silent reader yg mintak nombor phone nak mintak tolong selesaikan masalah cinta, masalah idop, masalah dgn somi.. etc....so kita selesaikanlah sekali sambil2 masak.  Ai bukan tak nak bagi... tapi sekarang ni situasi tak mengizinkan.






RESEPI NASI MIRROR
Yield :  for 2 persons

1 cawan beras basmathi
Bwng bombay - separuh
Bwg putih - 2 sudu
Serai - separuh
Air - 1 cawan
Halia sikit
Tomato sebijik
Garam
Rempah kurma sikit
Perasa
Sos tomato - sekira2 jadi merah
Ayam -  I buat 2 ketul peha
Rempah tumis
Minyak sapi, butter, minyak masak
Hazelnut utk hiasan (jika suka)

Cara

1). Basuh beras dan toskan.
2).  Masukkan segala minyak dan butter
dlm periuk
3). Masukkan bwng dan garlic, rempah tumis, tomato.
4). Bila dah garing.. masukkan rempah kurma bersama air tadi.  Klu nampak air mcm kurang.. boleh tambah sikit ikut budi bicara.
5). Masukkan ayam... hingga empuk.
6). Bila dah empuk.. masuk beras.. then bila air dah mulai susut, godak la sikit2 utk bg semua beras tu masak.. then tutup dgn tudung periuk.  Kecikkan api. Tunggu la beberapa minit (kalau ai.. selalunya 20 minit) baru boleh bukak.  Matikan api.


Nota  :  Boleh dimasak guna rice cooker ataupun kukus - ikut kepakaran masing2.




Sukatilah korang nak buat sup ke... atau makan dgn ayam masak merah ke.  Macam ai ni sempoi je.


Buat jugak aritu keria gula melaka yg tgh trending.    Ai heran.. napa gula melaka tak jual dlm keadaan serbuk terus.. kan senang tak payah sampai keluar muscle kita nak mengerjakan mendalah ni.

Whatever la kann.   Kita pegi pada kisah rumahtangga org yg ai janji nak cerita tadi.

Segalak2nya suami orang kalau menggoda..  akhirnya tak ke mana.   Isteri di rumah tetap yg dicinta.  Orang tu dah lahirkan anak2 beliau beb!.  Tak kan senang2 nak tinggal semata2 nak mengawini anda yg telah diusungnya kulu kilir.  Itu mengikut pengamatan ai la kan... sambil meminjam kata2 Mak Joyah untuk Watie Elite dalam Lara Aishah.

He is not that interested!. He is just passing time.   Janji je nak kawin... tapi blom tentu ye!.

 Eh.. tetiba macam penat plak nak menaip.   Haha... Ai stoplah jap.  Zzzzzzz.... niteee..


Alhamdulillah dah pagi.. tak sabar nak beli kiwi... craving sgt dgn buah2an yg dah abis kat esbok.
Ok sambung lagi penulisan.
Utk remaja perempuan yg bertanyakan kemusykilan... "suka tak dia tu dgn saya?".

Payah sikit nak jawab.   Tapi ahli phsycology berpendapat...  kalau jejaka tu dok asik main2 dan kitai2 rambut dia masa berbual.. tu petanda dia tgh angau dgn anda la tu...  atau tak pun kepala dia tgh berkutu atau berkelulumur.  So, cari lainlah  Dik... kekeke.   K.bai.




4 comments:

  1. Nampak menarik. Boleh nak cuba juga. Terima kasih kongsi resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wc. Selamat mencuba. Boleh dipersedapkan lg dgn hiasan2 yg lebih menarik.. such as daun ketumbar, kismis etc ye.

      Delete
  2. Hahaha....good tips tu..miss mirror..tapi nasi tu nampak sedap...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa - kalau pada I mmg sedap.. tak tau la org lain. Sapa2 nak tambah kesedapan.. mungkin boleh tambah susu cair jika suka.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...