Saturday, April 1, 2017

Masalah Remaja : Buntu, awek dah tawar hati

Assalamualaikum...

Pagi ni Kak Mirror ada kesempatan untuk  membantu adik remaja yang tengah kebuntuan ni. Tak mo buntu2 dik...  mari hiburkan hati. Sorry, Kak Mirror pilih randomly... bergantung pada sempat tak sempat.    Jgn kecik ati ye mana2 yang Kak Mirror tak reply sebelum ni..

 
 Ok ini masalah beliau...





Hmm....    dalam kes ni Kak Mirror tak salahkan anda pun.   Bagus pun sebenarnya tak yah contact2.  Terhindar dari MAKSIAT!.   Sepatutnya lelaki macam ni la calon suami yang bagus dan harus "dikejar".    Ececeh  Kak Mirror ni..   tapi itu adalah fakta pun kan?.   Berlama2 dalam tepon... mengundang macam2 "penyakit".   Tapi biasa la kita ni hanya manusia biasa..  apakan daya, syaitan asik jelez je dengan kita, tak mo kita masuk Syurga yang menyajikan pelbagai kenikmatan di dalamnya lantas pelbagailah godaan2 diterima.  Asik nak dating dsbnya.   Memang salute la pada sapa2 yang tak suka bergayut tepon,  tak suka dating  alih2 diijabkabul.  


Kat Aussie ni pun ada gadis  yang kebuntuan macam awak ni....  pakwe dah tak mo contact2 lagi.....haha...  alasan si pakwe sebab tak mo "maksiat dalam bicara".    Masyaallah...  bagus la tu, dapat pakwe yang alim.    Sepatutnya sujud syukur.


6 tahun tempoh yang lama.   Kalau anda ada "x-factor"...  tak semudah2 itu akan dilupakan.   Nak sebut x-factor ni, ia bersifat subjektif.   Tiap wanita dengan wanita yang lain, selera berbeza-beza.  Ada yg suka lelaki  kacak... maka yang kacak itu la yang dikejar2 tak kira la playboy ke, dah berendam air mata siang malam ke... asik la ditunggu2, direject segala pinangan.     Ada sebahagian yang lain pulak... tak pentingkan rupa, tapi kematangan, lagi2 warak plak tu, solat tak tinggal.   Ada pula yang suka lelaki yang lebih usia, bijak berkata2.  Terpesona hanya kerana bicara, rasa dilindungi dsbnya.    Ada pula yang suka material semata.  Nampak motor besar je tros jatuh cinta!.  Pun ado!.


Pendek kata, kalau Kak Mirror nak bagi tip pun... kena buat research dulu.   Kena kaji dulu apa yang awek tu suka dan tak suka.   Cuba tanya member2 dia ke atau family dia ke?.   Tapi jangan pula hanya kerana nak mengejar seseorang, kita kehilangan identiti, tak happy kalau macam tu.   Kita jadi tak selesa. Jadi tak natural sebab semuanya dilakukan dalam keadaan terpaksa... kalau Kak Mirror, dari terpaksa "berlakon" menjaga hati orang, baik la cari je yang lain asalkan kita boleh jadi "diri sendiri" dan terima kita seadanya.  Come on man... bunga bukan sekuntum.




Peringatan sesama muslim..

"halalkan hubungan dengan pernikahan".




7 tanda keserasian jodoh
Credit to :  Ustazah Bahyah

1).  Rasa bahagia bila bersama
2).  Boleh bertolak ansur walau berbeza sikap
3). Rasa tenang
4). Selalu ada di sisi bila kita memerlukan.
5). Rasa selamat bila berada di sisinya.
6). Perkenalan dengannya membuat kita semakin mendekati Allah.
7). Ketawa menangis.. bersama2.

4 comments:

  1. Wowww...boleh jadi pakar kaunseling ni Miss Mirror..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..
      Sesaja membantu mana2 yg termampu.. Wa.

      Delete
  2. kak miss dah tambah bidang ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deq Su - dah dekat 8 thn dah tambah bidang.. haha..

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...