Tuesday, March 28, 2017

Malas Pulak Nak Keluar Rumah..

Assalamualaikum uollzz...


Dah jadi "mouse potatoes" dah sejak cuti2 ni.  "Nesting" mood!.  Cuaca pulak semakin hari semakin sejuk... tu yang rasa nak berkelubung je... rasa malas nak keluar walau sekadar beli barang dapur.

Just in case if you were wondering,   "nesting" tu ala2 orang yang suka memerap, tapi kelazimannya yang suka menghias2... nest tu kan sarang, so terperap dalam sarang.. tapi ai bukan yang macam tu la..  mood mendeco dah ke laut, lebih kepada "mouse potatoe" iaitu mengadap komputer (ha itu la maksud mouse potatoe tu ok.. murid2)... tapi mengadap computer sebab ada benda penting yang nak dibuat, bukan sesaja nak berendot atau bersosial  ye.   Ish ish ishhhh...  

Kalau "left the nest" pulak  untuk kita2 yang dah tinggalkan rumah emak ayah untuk berdikari, maksudnya dah tinggalkan "sarang" kita yang kita duduk sejak kecik.  "Empty nesters" pulak untuk orang2 tua yang anak2 semua dah tak  tinggal lagi  dengan dorang.  Sobszz... sedihnyaa.    Ok.. dah faham skg ye... murid2.


Whatever la kan uollz... yang pentingnya,  asal kita tak menjerumuskan diri ke  "tall poppy syndrome".    "Tall poppy syndrome" ni sejenis penyakit mazmumah yang berasal dari hati yang hitam dan berjerawat.   Yang jadi mangsa selalunya orang2 yang kelihatan berprestij dalam masyarakat lantas menjadi mangsa cemburu dan iri hati orang lain.     Itu simptom2 orang yang tak bersyukur dengan diri sendiri sebenarnya.   Setiap dari kita dilahirkan dengan keistimewaan masing2...  Mereka lebih di situ, Allah kurangkan di tempat lain, equal!.   Yang cantik.. mungkin tak berapa bahagia, yang bahagia pulak, mungkin tak cantik.  Masa kecik riang ria.. tua merana.  Kadang ada yg masa kecik miskin, tua pulak kaya raya dan sebagainya.    (Ini sekadar contoh2 rekaan semata.. tapi sering jugak berlaku dalam masyarakat kan?).  


Oh ya, kita cerita lain la plak.   Ada kedai baju yang baru dibuka nun depan Myer Perth..  harga pun berpatutan.  Eh ai ni buat promo macam la dorang bayar ai jadi duta kan?.  Hahaha.  Bukan apa... sebab dorang jual shawl, maka.. kita kena la bagi  sokongan, dibuatnya tak de yang beli,  nanti merajuk pulak dorang tak nak jual shawl lagi.










#idiom
#metaphor

2 comments:

  1. Siapa punya kedai jual shawl Sam..
    akak punyalah scroll smpi..
    non hado shawl nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shawl dia.. dlm bangunan tu Kak Yati.. tak sempat snap lg. Haha..
      Empunya kedai?. Msykt tempatan kot..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.