Sunday, March 26, 2017

"Pergilah Untuk Kenangan Anak Cucu"

*Lagi beberapa hari nak convo..*

Kadang tak faham dengan diri sendiri mahupun orang lain...
secantik apa pun busana dikenakan di hari tersebut..
ia akan dilitupi oleh jubah..
Secantik apa pun tudung.. ia akan tertutup oleh mortar..🎓🎓
tapi tetap juga kita beriya2 nak menempah baju dan sebagainya..
(untuk hari tersebut)
Tak faham kan?


Justeru itu... ai ingat ai tak nak la macam tu lagi...
lagi pun ai bukan mesin pencetak duit...
atau duduk di dalam syurga... yang sekali petik je semua boleh dapat..
Come on Sam... tak mo tau!.
simpan duit tu untuk menda2 lain yang lebih penting.. (kau kan ada misi penting
yang perlu kau selesaikan.. jangan lupa ok!).
instead of mengikut hawa nafsu membeli evening2 gaun yang mahal..
Simpan saja duit itu!!


*Kalau ikut kata Qistina.. memang nak suruh Mama beli baju cecantik dan glam!


Oh lupa.. beberapa bulan sebelumnya.. ai ada cakap ai  dah terbeli baju untuk tujuan itu kan??.  (dasyattt... long term plan.. kah kah kah).
Keras kejung rupa2nya baju itu uollzz...
patut ler murah...  hahaha.. pandai dia main magic, masa fitting ok je, bila buat gerak2, duduk, berdiri, catwalk... kejung semacam dan tak selesa pulak ... nampaknya kena simpan je la dalam muzium.



Sebenarnya pun tak exited sangat nak pegi...
tapi mertua kata.....  "Pergilah untuk kenangan anak cucu"...
Terus terpikir.. "Oh ada betulnya..".
Ralat rasa di hati bila ramai kawan2 tersayang yang
terpaksa melupakan hasrat untuk  memakai "crown" bersama2...
(baru terpikir nak beli crown ala2 Lady Diana kat valley girl dan pakaikan kat dorang... haha)..
Musnah pula impian gue...
ada yang tak lulus... sobsssszzz...  ada yang terpaksa pulang ke negara masing2.....
Ada yang tak dop duit... dan macam2 lagi pancaroba..
So, sekiranya anda rasa anda susah.. sebenarnya ramai lagi di luar sana yang lagi susah..




Dlm ramai2 tu.. yang paling ai kesian.. bila ada yang dah sekian lama tak berjumpa anak2..  terpisah 2 benua.  Kira bernasib baiklah kau ni Sam...  kalau stress ke apa ke...  anak2 ada untuk menghiburkan hati.

Ni semalam Qistina hadiahkan mendalah ni (dia kata sukati mama nak  bubuh bunga atau stationary, dia kata buat kat sekolah.. siap gergaji semua.  Boleh percaya ke?.  Entah la....  bebudak ni kadang suka bergurau.    Kalau kat Malaysia... ibarat subjek 'Kemahiran Hidup' kot?.    Walllaualam... sebab zaman2 Mama tak de.









Pakai jelah baju ni  (baju lama sebenarnya)..  Eh!  Jgn terkejut plak... of coz la dengan inner.   Ai masih waras lagi k!



Make up?.    Make up sendiri je la sudah!.




Ni sapa tah tinggalkan foundation kat "dressing table" mama ni?
Sudah pasti bukan mak mentua ai...
Tak lain tak bukan... sama ada Ain's or Qistina's..
Bila mama cuba kat muka... eh! macam flawless plak...
Faraidkan kat Mama je la sudah...



Sebelum mengakhiri entry ini...
terima kasih kepada semua yang telah mendoakan.. selama ini..
dan kepada lecturer2 yang terlibat..







p/s  :  Boleh kongsi sikit.. apa yang anda pakai ketika konvo?.   Tak kira la konvo zaman tadika atau sebagainya.

6 comments:

  1. Masa Wa konvo dulu..pinjam baju mak sedara yang palig lawa..sebab belum keje lagi..n tak de duit....Tahniah miss Mirror nak konvo....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww!. Itu satu tindakan yg bijak, Wa. Harus dicontohi.

      T.kasih atas ucapan.

      Delete
  2. betul la kak... memang tak nampak pon.. heheh.. tapi feeling2 sendiri jewww.. ;D btw..tahniah kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kan Aty. Paling2 kalau nampak pun bahagian kain.

      Tq atas ucapannya Dik.

      Delete
  3. Tahniah Miss Mirror!!selamat berkonvo...
    Terima kasih jg singgah blog yer...

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...