Saturday, September 23, 2017

Misi MengHENSEMkan Anak Cara Tradisi

Lama tak bercerita tentang anak bujang ai yg sorang tu.   Nak cerita lebih2 kat belog pun tak boleh.. kot2 one day beliau jadi VVIP...   atau terkenal seantero dunia, hot pulak belog mama ni jadi buruan paparazi Nak oii...  (puan2... kita ibu2 kan kena selalu doa yg baik2... tu yg mama tulis pun mcm nak up je... haha..  sorrylah ye..).

Sejak menginjak 12 tahun ni.. salah makan sikit,  muka mulalah tumbuh intan berlian beliau tu. Terwaris dari IRP agaknya... haha.. sorry abg, terngumpat somi pulak kat sini.

Tapi...  ai tak terlalu akur dengan sistem genetik2 ni semua.  Pada ai... jerawat boleh dihapuskan.   Yang penting rajin.  Abah dia memang rajin belikan macam2 cleanser utk anak3 dia... tapi bukan semuanya berkesan pun.   Sementelah.. budak lelaki bukan nak sangat pakai.

So... tu ari ai buatkan tomato cube...
2 bijik tomato kita blend tanpa air.  Masukkan dlm mould.. 3/4 je ketinggian.. jgn penuh sgt sbb saiz tu (pix bwh) dah cukup utk melumur 1 muka seorang kanak2 remaja. Jgn bazir2 tomato!.  Klu ada lebihan.. lumur kat tgn biar tgn kita pun halus.  Baki yg lain2 kita simpan pulak utk minggu berikutnya.



Gediklah nak "lop2" bagai.... apa2 mould pun boleh pakai.
Pix tomato fresh lupa nak upload..


Dgn gigihnya mama pun melumurlah kat muka dia.   Tak nak juga mulanya,   tapi kena guna "sistem kekerasan" demi untuk melihat dia hensem.  Seminit dua memang pedih sikit... dah kering tu kita suruh dia cuci dgn air mcm biasa.  Hasilnya lumayan dong.  Beliau udah bertukar ganteng kerana jerawatnya udah mengering!.


Lama tak post "bayangan" wajah beliau kat sini.. btw yg gebu putih melepak tu bukan tgn emak dia ye..

Begitulah rutinnya kalau anak bujangku, Tan Sri Ustaz Shashal ni  keluar jerawat.  Terpaksa mamanya bukak spa kat umah.. lengkap manicure, padicure.. dentist semua.   Bagaimana pun bergantung pada tahap ketidaksibukan mama.

Satu pe'el beliau ni suka minum teh ais.. tu kadang giginya bertukar kaler dan mamanya terpaksa pulak jadi "Doktor gigi" untuk menghensemkannya semula.

Kenapa fokus pada si bujang yg sorang ni je??.

Sebab Qistina alhamdulillah... so far takde masalah jerawat.. sekadar ruam2 kecik mcm zmn2 ai bujang dulu.   Ain pulak pernah hadapi, tapi hilang sendiri atas faktor usia.

How about yr kids.. ladies?.


6 comments:

  1. Assalamualaikum selamat pagi mis mirror

    tak tahu pulak boleh buat macam ni untuk tomato

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama Hakim...
      Ha'ah.. mudah dan menjimatkan. Lagipun tak susah.. blend2 masuk peti ais. Cukup utk stok sebulan.

      Delete
  2. umo anak akak sebaya dengan adik bongsu e'in.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo I see. Bestlah Ein... masih ada adik kecik utk dimanjakan.

      Delete
  3. shashal dah bujang..dah ada jerawat ye...dah lama tak jengah ke sini...very the busy...mmuaahhs sikit kat akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahhhhhh kembali utk Nafisa!. Adehh K.Mirror rindu penulisan belog awaklah.. busy pulak.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.