Friday, August 31, 2018

Cantik juga beg bulat bali ye..

Beg rotan bali?.   Masa mula2 nampak... macam tak berapa minat sangat.  Dalam hati..

"What??.  Apa yang ko jual ni Minah?".

Malaysian Version



Tapi kuasa iklan menukar segalanya. Akibat hari2 diperlihatkan oleh peniaga2 on line Malaysia di newsfeed FB.. terdetik dlm hati.

"Eh!.  Sweet jugak."

Gigih pula tu saya mengsurvey... padahal untuk membuat belian dari sana, rasa2nya tidak sebab barangan rotan tak lepas di airport Australia ni.  (Tu yg tak dapat nak merotan anak tu...  haaa).   Harga kat Malaysia dalam range RM60 hingga RM100.

Tapi...  kalau dah rezekiku pasti tak ke mana.. dah ada yg seirasnya di sini.  Cuma harga berganda lah sikit triple.



Aussie Version





Saya mahu sikap demanding dia sejajar dengan pencapaian diri agar kelak tak menyusahkan suami.




In fact,  saya bukan lagi pentaksub pada hand bag.  Sekarang dalam proses memfaraid beg2 yang jarang pakai kepada Ain, si kakak. Lega sikit bila gerobok dah lenggang.

Si adik, Qistina?.   Beliau ni lain sikit.  Kalau nak bagi sesuatu pada dia.. soalan dia akan berbunyi begini.

"Is this fake or real Mum?".

Bila kita sebut ianya asli baru dia nak terima.  Hmmmm... biarlah.  Itu prinsip dia kan?.  Moga menjadi asbab untuk dia belajar bersungguh2.  Saya mahu sikap demanding dia sejajar dengan pencapaian diri agar kelak tak menyusahkan suami.

"Don't you feel proud of me mum?".  

Tanyanya semalam sebagai penanda ada 1 berita gembira di sekolah. Rupa2nya hasil videonya mendapat pujian dan bakal ditayang di pesta apa tah kat sini.   Moga terus sukses dan menaikkan nama Malaysia di mata dunia.  Aamiin...


Happy 61st Independence  Day Malaysia.








10 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.