Saturday, January 12, 2019

34 tahun tapi Macam 19, 60 tapi macam 30.

Semalam terjumpa rambutan jual kat mall..
(Utk follower2 baru.. Makcik Mirror duduk Aussie), makanya benda ni agak rare kat sini, berbanding kat Malaysia, kita boleh panjat2 atas pokok sambil makan.  Ah bestnya ye kenangan itu.



Well...  I don't want to dwell on the past.  I want to be realistic.   Allah dah dudukkan ai di negara 4 musim,  mana mungkin dapat panjat pokok2 tropika lagi.   Panjat pokok tauge je lah "Nak"...



Terkejut kawan2 ai kat Msia bila ai kata 5 bijik ni 12 ringgit (4 dollars).



Tapi tak pe lah...  berbaloi juga.  At least terlepas juga kempunan nak makan rambutan. 


Allah itu kan Maha Adil...  tak selalu dapat makan rambutan tapi selalu dapat makan buah2 lain..  Mungkin buah2 ini kot penyumbang awet muda org2 sini (maksud ai org2 Malaysia yg tinggal kat sini.  Haha..).

No!.  I am not talking about myself.   Ai teringat sorang kawan ai ni.  Chinese.. Umur 34 kalau tak silap... tapi macam 19 tahun.  Dah la slim melim, tak suka make up.. memang nampak mcm budak sgt.

Bukan beliau saja,  ada sorang lagi.. Indian lady.. 60 tahun.. tapi macam 30an.

Oh ye... semua yg ai ceritakan ni ialah warga Malaysia yg menetap kat sini.    Harus kembang idong dorang kalau terbaca coretan ai ni.  Dah la BM mereka tu masih berabuk  lagi macam air.  Salute kan?.

Ai suspek dorang ni awet muda sebab suka makan buah2an..    dan... jarang terhidu asap rokok. 

So... ai memang sokonglah kerajaan Malaysia yg dlm usaha mengharamkan rokok di tempat awam.. moga org2 Msia pun awet2 muda macam kawan2 ai kat sini.    Sekian.


Nota  :   Homestay di Perth boleh wassap di nombor ini.

1 comment:

  1. hehe dia kasih lebih dan kurang at the same time.. hehe.. maak aaaih menggodanya cherries ituuuuuu =D

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.